Posts

Showing posts from 2012

KULIAH BUDAYA: REALITI DISEBALIK PENGHIJRAHAN SENI

Image
KULIAH BUDAYA: REALITI DI SEBALIK PENGHIJRAHAN SENI Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan Kuliah Budaya: Realiti di Sebalik Penghijrahan Seni seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 6 Jun 2012 (Rabu) Masa : 2.30 petang Tempat : Auditorium Kompleks JKKN Perak Ahli Panel : Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob (ahli akademik/pemuisi) Irma Hasmie (pelakon/pengacara) Uji Rashid (penyanyi /pelakon) Bual bicara bersama tetamu jemputan, sentuhan persembahan kesenian dengan lagu-lagu puisi, alunan muzik akustik, deklamasi puisi dan pelbagai segmen menarik bakal dinikmati oleh penonton yang hadir. Kali ini Jabatan mengupas isu seni disebalik penghijrahan yang berlaku dengan matlamat untuk memberi fahaman, pengetahuan dan berkongsi pengalaman tentang isu seni yang diketengahkan. Pemilihan panel seperti Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob yang merupakan ahli akademik yang sangat a

PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER GES (GERAK EMOSI SUARA)

Image
PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER G.E.S (GERAK, EMOSI, SUARA) Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Pusat Seni Setempat: Teater G.E.S (Gerak, Emosi, Suara) seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 2 Jun 2012 (Sabtu) Masa : 8.00 malam Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Pusat Seni Setempat atau Cultural Hotspots kembali menemui pengunjung dan pencinta seni bulan ini dengan pementasan teater G.E.S (Gerak, Emosi, Suara). Jadikan Kompleks Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Perak sebagai lokasi santai keluarga untuk menikmati hiburan ringan yang berilmu sempena cuti sekolah. Pementasan teater GES merupakan singkatan kepada perkataan gerak, emosi, suara. Sebuah pementasan teater eksprimental yang mengabungkan sifat cintakan tuhan, keimanan,

FESTIVAL GASING PERAK 2012

Image
  FESTIVAL GASING PERAK 2012 Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Festival Gasing Perak 2012 seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2012 (Jumaat hingga Ahad) Masa : 8.00 pagi - 10 malam Tempat : Laman Budaya, Kuala Kangsar, Perak PERASMIAN PEMBUKAAN PERASMIAN PENUTUP Pada : 26 Mei 2012 (Sabtu) Pada : 27 Mei 2012 (Ahad) Jam : 2.30 Petang Jam : 11.00 Pagi oleh YB DATO’ ZAINOL FADZI BIN HJ PAHARUDIN (Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak) Usaha kerajaan negeri dalam melihat permainan gasing untuk diangkat lebih tinggi bersesuaian dengan ‘TAHUN MELAWAT PERAK 2012’. Festival Gasing Perak 2012 bermatlamat untuk memulihara & mengembalikan semula permainan rakyat yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Selain itu juga festival ini dapat mendedahkan dan memberi pengetahuan me

PUSAT SENI SETEMPAT & MANIFESTASI TEATER PERAK 2012

Image
Jabatan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Manifestasi Teater Perak 2012 & Pusat Seni Setempat seperti ketetapan berikut: Tarikh: 17 & 18 Mei 2012 (Khamis dan Jumaat) Masa: 8.00 Malam Tempat: Auditorium, Kompleks Jabatan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.....NANTIKAN  PERSEMBAHAN MENARIK PEMENTASAN TEATER "BAH", PERSEMBAHAN KESENIAN 1MALAYSIA, PAMERAN, DAN JUALAN BUKU SENI DAN BUDAYA... MASUK ADALAH PERCUMA!!!!! Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK                             JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR                             30350 IPOH PERAK                             TEL : 05-2537001                             H/P : 013-9939091 ( Fairus)                             EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com

MAJLIS PENYERAHAN BAHAN-BAHAN TERBITAN JKKN SEMPENA FESTIVAL HARI GURU 2012

Image
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah melaksanakan Majlis Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan JKKN Sempena Festival Hari Guru 2012 telah dilaksanakan di tempat berikut : 15 Mei 2012 (Selasa) : Majlis Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan Seni Budaya JKKN Sempenan Festival Hari Guru 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak Masa : 3.00 Petang Oleh : YBhg. Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN Artis Jemputan : Asmidar, One Nation Emcee dan Alif Satar Sehingga Mei 2012, sebanyak 18, 573 unit Bahan-bahan terbitan JKKN telah diedarkan kepada 1,609 buah sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan Perpustakaan Agensi Kerajaan. Bahan-bahan terbitan JKKN tersebut merangkumi Buku, DVD/CD dan makalah seni budaya.

PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA IPT: HIMPUNAN BELIA

Image
PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA IPT: HIMPUNAN BELIA  Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak  mengadakan Program Merakyatkan Seni dan Budaya IPT: Himpunan Belia seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 11 Mei 2012 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (acara keseluruhan)             8.45 malam (acara perasmian) Perasmi : YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Pahahrudin                (Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak) Tempat : Padang Universiti Pendidikan Sultam Ismail (UPSI),               Tanjung Malim Program Merakyatkan Seni dan Budaya merupakan aktiviti utama yang dilangsungkan oleh Jabatan dan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi merealisasikan visi KPKK bagi mendekatkan masyarakat dengan wadah seni dan budaya. Program Merakyatkan Seni dan Budaya IPT: Himpunan Belia d

PUSAT SENI SETEMPAT : TARI NEGERI 2012

Image
PUSAT SENI SETEMPAT: TARI NEGERI 2012 Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Pusat Seni Setempat: Tari Negeri 2012 seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 5 Mei 2012 (Sabtu) Masa : 8.30 malam Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Pusat Seni Setempat atau Cultural Hotspots kembali menemui pengunjung dan pencinta seni dengan pilihan tema Tari Negeri. Kompleks Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Perak terus kekal dijadikan sebagai lokasi henti rehat yang santai bagi menikmati hiburan yang berkonsepkan pengisian seni budaya. Pemilihan konsep kali lebih kepada usaha Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN) memartabatkan seni tari tradisional yang telah dipelajari oleh peserta bengkel menerusi Program Bengkel Tari 2012. Konsep bengke

PUSAT SENI SETEMPAT : APRESIASI TOKOH SENI NEGERI PERAK 2012

Image
ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM PERAK AMAN JAYA. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan progam Pusat Seni Setempat : Apresiasi Tokoh Seni Negeri Perak 2012 seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 21 April 2012 (Sabtu) Masa : 8.30 malam Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Perasmi : YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak Pusat Seni Setempat : Apresiasi Tokoh Seni Negeri Perak 2012 adalah bertujuan memberi penghargaan kepada pengiat seni yang telah memperlihatkan keto

FIESTA SENI BUDAYA PERAK 2012

Image
BUAT JULUNG KALINYA FIESTA SENI BUDAYA PERAK (FSBP) 2012 AKAN DIADAKAN. MATLAMAT TETAP JITU IAITU MENYEMARAKKAN SENI BUDAYA DALAM KALANGAN MASYARAKAT TERUTAMA RAKYAT DI NEGERI PERAK. PENDEKATAN JKKN PERAK DAN KERAJAAN NEGERI PERAK MELALUI MAJLIS KEBUDAYAN NEGERI BAGI MEMPERKENALKAN PRODUK SENI BUDAYA MELALUI ELEMEN SENI MUZIK, TEATER, TARI, VISUAL, KRAF TANGAN DAN PELBAGAI ELEMEN SENI LAIN LAGI. PELUANG BAGI MENYERTAI DAN MENYAKSIKAN SENDIRI AKTIVITI YANG DIADAKAN SEPANJANG TIGA HARI ITU HARUS DIREBUT DAN BERIKUT BUTIRAN KETETAPAN WAKTUNYA: PROGRAM : FIESTA SENI BUDAYA PERAK 2012 TARIKH : 17-19 FEBRUARI (JUMAAT -AHAD) JAM : 10.00 PAGI- 10.00 MALAM TEMPAT : DATARAN MAJLIS BANDARAYA IPOH AKTIVITI SENI TRADISIONAL YANG DIEXTRAVANGANZAKAN AKAN LEBIH MENEPATI CITARASA SEMUA PERINGKAT UMUR DENGAN PENGISIAN AKTIVITI YANG DIADAKAN ANTARANYA MALAM GEMILANG ORANG MUDA (MAJLIS PERASMIAN) PADA 17 FEBRUARI 2012 (JUMAAT), 8.00 MALAM YANG AKAN MENAMPILKAN PENAMPILAN ISTIMEWA ARTIS JEMPUTAN IAI

KULIAH MAULIDUR RASUL BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

Image
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK AKAN MENGANJURKAN KULIAH MAULIDUR RASUL SEPERTI KETETAPAN BERIKUT: TARIKH : 3 FEBRUARI(JUMAAT) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : AUDITORIUM, KOMPLEKS JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, PENCERAMAH: AL FADHIL USTAZ MOHAMMAD KAZIM BIN ELIAS AL HAFIZ JKKN PERAK MENAMPILKAN PENCERAMAH YANG TIDAK ASING LAGI DI NEGERI PERAK INI IAITU YBHG USTAZ KHAZIM ELIAS DALAM MENGAJAK MASYARAKAT SETEMPAT UNTUK SAMA-SAMA MEMPERINGATI HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI SAMPING MENGHAYATI SIRAH HIDUP BAGINDA MENERUSI KULIAH YANG DIADAKAN . SECARA TIDAK LANGSUNG IA MEMBERI PELUANG KEPADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA UNTUK MENCONTOHI AKHLAK DAN BUDI PEKERTI MULIA YANG DIMILIKI OLEH RASULULLAH. S.A.W. MENURUT ENCIK ABDUL MUTALIB BIN ABDUL RAHMAN, PENGARAH JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, PERAK, KULIAH MAULIDUR RASUL INI DIHARAPKAN DAPAT MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK ILMU AGAMA KEPADA MASYARAKAT DALAM MENIMBA PELBAGAI MAKLUMAT BUKAN SAHAJA DARI S