BORANG

                      
BORANG PERMOHONAN
PENGGUNAAN FASILITI JKKN PERAK


Borang permohonan ini disediakan bagi memberi ruang kepada pemohon/ penyewa/ penganjur untuk  aktiviti persembahan /pameran/latihan/kursus/seminar/mesyuarat dan demonstrasi dalam kegiatan kebudayaan dan kesenian bagi semua agensi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian dalam Negara serta luar Negara yang tidak bersanggah dengan  nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Setiap pemohon/ penyewa/ penganjur yang ingin menyewa PERLU menyediakan;

i. Surat Permohonan Rasmi (disediakan oleh pihak penyewa/penganjur)
  • Surat ini WAJIB disediakan oleh pihak pemohon/ penyewa/ penganjur kepada Pengarah JKKN Perak bagi mendapat kelulusan sebelum mengadakan program. Di dalam surat tersebut, pihak pemohon/penyewa/penganjur perlulah menyatakan;
    • Nama Program
    • Tarikh
    • Masa

ii. Borang Permohonan Penggunaan Fasiliti (salinan seperti di bawah)
  • Borang ini perlu dikepilkan bersama-sama surat permohonan rasmi daripada pihak pemohon/ penyewa/ penganjur.
  • Hanya permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan.
  • Pemohon/ penyewa/ penganjur dinasihatkan agar menghubungi pegawai di JKKN Perak bagi mendapatkan pengesahan tarikh yang bakal diadakan bagi mengelakkan pertindihan program lain.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Hafizah Razak di talian 05-253 7001.


*Namun, KEUTAMAAN akan diberikan kepada program     
  Jabatan sekiranya terdapat pertindihan jadual antara   
  pemohon dengan jabatan. 

01


02


03


04



       



Comments