Posts

Showing posts from 2015
Image
JOM SENAM SENI 1MALAYSIA....!!! Senam Seni 1 Malaysia merupakan senaman yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang muhibbah menerusi kesenian. Ia  adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan masyarakat Malaysia amnya. Orang ramai disarankan melakukan aktiviti senam seni ini kerana ia adalah salah satu kaedah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. "Gerak tari dalam Senam Seni diolah mengikut piawaian antarabangsa yang mana aktiviti ini juga adalah anjuran bersama JKKN dan My Sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan.." -  YBhg. Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Oh ye.....senaman ni sekejab jer...hanya mengambil masa tuan/puan  selama  30 minit sahaja...  Jadi, jangan lupa temu janji kita setiap minggu pada hari RABU jam 5.00 PETANG  di KOMPLEKS JKKN PERAK.. (berhampiran kediaman rumah MB Perak, Indulgence Restoran, KPJ Speciality Hospital, Hotel Seri Malaysia
Image
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak (JKKN Perak) akan menganjurkan 3 program iaitu; i. PMS Permainan Tradisional: My Gasing Championship Perak 2015 Program dan aktiviti ini dilaksanakan melalui pertandingan secara liga antar kampung atau komuniti. Ia diadakan bagi m emartabat dan mempopularkan permainan tradisional gasing kepada rakyat.  ii. Ekspresi Muzik Perak 2015 E kspresi Muzik memasuki tahun ke-3 dilaksanakan dalam bentuk pertandingan secara individu ataupun berkumpulan bagi mencungkil bakat tempatan dalam seni muzik.   iii. Bazar Seni 2015 Bazar seni adalah ruang terpilih bagi persembahan seni oleh penggiat/ pengusaha seni dan budaya mempamerkan bakat dan karya mereka dalam pelbagai bidang seni seperti seni persembahan, seni visual, seni kraf, seni mempertahankan diri, dan sebagainya .  pada; 7, 8 & 9hb Ogos 2015 9.00 pagi - 10.00 malam Kompleks JKKN Perak Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program pada hari terseb
Iklan Raya 2015 JKKN Perak  Filem pendek ini mengisahkan seorang anak yang merindui ayahnya. Kisah ini bermula apabila ayahnya telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun. Namun, rindunya terubat menjelang Hari Raya Aidilfitri. Iklan amatur ini tidaklah sehebat dan setanding iklan-iklan Petronas, Bernas, Astro. TM, Maxis, Proton, TV3 dan lain-lain tetapi mesej yang ingin disampaikan melalui filem pendek ini secara tidak langsung dapat mencuit perasaan insan yang bergelar manusia yang mempunyai rasa cinta, kasih dan sayang dalam kekeluargaan.  Semoga perkongsian filem pendek ini dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam menghargai betapa bermaknanya nilai kekeluargaan. Terbitan: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak Idea/Arahan: Jasmi Rasit
Image

SAKSIKAN...

Image

MANIFESTASI TARI MALAYSIA 2015 PERINGKAT ZON UTARA

Image
REBUT TEMPAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA MANIFESTASI TARI MALAYSIA 2015 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak selaku tuan rumah bagi pelaksanaan Manifestasi Tari 2015 Peringkat Zon Utara akan mengadakan program tersebut pada 11 April 2015 (Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, 30250, Ipoh Perak. Program pertandingan tarian ini melibatkan empat (4) buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Setiap kumpulan akan mempersembahkan dua (2) tarian dalam kategori tarian tradisional daerah/sukuan dan tarian rampaian tradisional. Manifestasi tari di peringkat zon diadakan bagi memilih enam (6) kumpulan terbaik ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 4-6 Jun 2015. Wakil tunggal negeri Perak iaitu Badan Kesenian TLDM akan mepertaruhkan tarian Dabus dan Tarian Rampai Cinta. Turut bersaing merebut tempat ada

TEATER SYAJAR

Image
JOM TONTON TEATER SYAJAR 4 APRIL 2015 (SABTU 8.30 MALAM) TEATER SYAJAR & DEKON SELAMAT TIDUR POHOH-POHON HIJAU bakal menemui pencinta seni teater pada 4 April 2015 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak. Pementasan hasil karya Ismail Kassan dan Marzuki Ali serta arahan Nur Farahiya & AKTEP merupakan anjuran Badan Budaya Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Teater Syajar mengisahkan cerita tentang sebatang pohon sena yang rendang. Pohon sena ini melambangkan sebuah kepimpinan seorang pemimpin yang pada satu ketika dahulu tegap,gagah, dan mampu memberi perlindungan terhadap semua makhluk di bawah naungannya. Terdapat pelbagai kisah lagi dalam teater Syajar. Ingin mengetahui kisah selanjutnya tuan/puan dijemput hadir menonton teater Syajar. Untuk pengesahan kehadiran dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Fairus (013-9939091/05-25337001) M