PUSAT SENI SETEMPAT : TARI NEGERI 2012

PUSAT SENI SETEMPAT: TARI NEGERI 2012 Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Pusat Seni Setempat: Tari Negeri 2012 seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 5 Mei 2012 (Sabtu) Masa : 8.30 malam Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Pusat Seni Setempat atau Cultural Hotspots kembali menemui pengunjung dan pencinta seni dengan pilihan tema Tari Negeri. Kompleks Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Perak terus kekal dijadikan sebagai lokasi henti rehat yang santai bagi menikmati hiburan yang berkonsepkan pengisian seni budaya. Pemilihan konsep kali lebih kepada usaha Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN) memartabatkan seni tari tradisional yang telah dipelajari oleh peserta bengkel menerusi Program Bengkel Tari 2012. Konsep bengkel selama dua hari yang berlangsung pada 4 & 5 Mei 2012 bertempat di JKKN Perak yang bercorak santai memberi ruang dan peluang kepada generasi muda yang terdiri daripada kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat setempat yang berminat bagi mengikuti pembelajaran seni tari tradisional daerah. Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak program Pusat Seni Setempat yang merupakan salah satu program utama jabatan sering kali berusaha menjadikan tema yang dirancang menepati citarasa pengunjung yang hadir. Pusat Seni Setempat : Tari Negeri Perak 2012 bakal mengundang minat untuk mencintai seni tari daerah yang diangkat menerusi acara persembahan yang berlangsung pada Sabtu malam depan. Antara tarian tradisional negeri yang dipilih ialah tarian lenggok, Dabus dan Gambus. Pelbagai aktiviti yang lain berlangsung adalah persembahan muzi dan nyanyian. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias. ### Tarikh : 26 April 2012 Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR 30350 IPOH PERAK TEL : 05-2537001 H/P : 013-9939091 ( Fairus) EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Program yang sangat menarik. Peluang untuk mengetahui tarian Perak yang tersendiri. Tapi sayang, tidak sempat memberi nama untuk turut serta. Berharap pada program akan datang.

    ReplyDelete

Post a Comment