KULIAH BUDAYA: REALITI DISEBALIK PENGHIJRAHAN SENI

KULIAH BUDAYA: REALITI DI SEBALIK PENGHIJRAHAN SENI


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan Kuliah Budaya: Realiti di Sebalik Penghijrahan Seni seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 6 Jun 2012 (Rabu)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Auditorium Kompleks JKKN Perak



Ahli Panel : Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob (ahli akademik/pemuisi)

Irma Hasmie (pelakon/pengacara)

Uji Rashid (penyanyi /pelakon)



Bual bicara bersama tetamu jemputan, sentuhan persembahan kesenian dengan lagu-lagu puisi, alunan muzik akustik, deklamasi puisi dan pelbagai segmen menarik bakal dinikmati oleh penonton yang hadir. Kali ini Jabatan mengupas isu seni disebalik penghijrahan yang berlaku dengan matlamat untuk memberi fahaman, pengetahuan dan berkongsi pengalaman tentang isu seni yang diketengahkan.

Pemilihan panel seperti Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob yang merupakan ahli akademik yang sangat aktif dalam menghasilkan karya-karya puisi yang popular, antara buku-buku puisi yang ditulis Air Penawar Sekacang Kelat, Air Manik Astagina, Misi, Tanah Serendah Sekebun Bunga and Aku Hanya Mahu ke Seberang. Tiga daripada buku itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukunya Aku Hanya Mahu ke Seberang mendapat Anugerah Sastera Perdana (2002). Beberapa puisinya diterjemahkan oleh Victor Pogadaev ke dalam bahasa Rusia dan diterbitkan dalam buku berjudul Poyusyi Bambuk (Buluh Seruling) di Moscow pada tahun 2005 (Penerbit Humanitary, ISBN 5-89221-098-3). Dalam prakata buku itu "Dunia di Mana Buluh Menyuling Lagu Merdu dinyatakan bahawa keikhlasan dan kesederhanaan bentuk puisinya ialah antara yang terbaik dalam sastera Melayu moden.

Selain itu, penyanyi dan pelakon yang cukup popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang sekitar tahun 70-an Fuziah Hj Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid turut diundang ke program tersebut bagi sama melontarkan pandangan dan pengalaman kepada penonton yang hadir. Turut bersama pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik yang baru berhijrah dengan mengenakan hijab tahun lalu iaitu Irma Hasmie turut sama-sama hadir bagi memberi ruang dan peluang untuk masyarakat serta penonton yang hadir sama-sama mengambil iktibar dan lebih memahami aliran seni budaya dari sudut penghijrahan aliran seni yang telah diceburi.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut serta pengesahan kehadiran boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias.

MASUK ADALAH PERCUMA……

###



Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK

TEL : 05-2537001

H/P : 013-9939091 ( Fairus)

EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com


Comments