KULIAH BUDAYA: REALITI DI SEBALIK PENGHIJRAHAN SENI
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan Kuliah Budaya: Realiti di Sebalik Penghijrahan Seni seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 6 Jun 2012 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Kompleks JKKN Perak
Ahli Panel : Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob (ahli akademik/pemuisi)
Irma Hasmie (pelakon/pengacara)
Uji Rashid (penyanyi /pelakon)
Bual bicara bersama tetamu jemputan, sentuhan persembahan kesenian dengan lagu-lagu puisi, alunan muzik akustik, deklamasi puisi dan pelbagai segmen menarik bakal dinikmati oleh penonton yang hadir. Kali ini Jabatan mengupas isu seni disebalik penghijrahan yang berlaku dengan matlamat untuk memberi fahaman, pengetahuan dan berkongsi pengalaman tentang isu seni yang diketengahkan.
Pemilihan panel seperti Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob yang merupakan ahli akademik yang sangat aktif dalam menghasilkan karya-karya puisi yang popular, antara buku-buku puisi yang ditulis Air Penawar Sekacang Kelat, Air Manik Astagina, Misi, Tanah Serendah Sekebun Bunga and Aku Hanya Mahu ke Seberang. Tiga daripada buku itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukunya Aku Hanya Mahu ke Seberang mendapat Anugerah Sastera Perdana (2002). Beberapa puisinya diterjemahkan oleh Victor Pogadaev ke dalam bahasa Rusia dan diterbitkan dalam buku berjudul Poyusyi Bambuk (Buluh Seruling) di Moscow pada tahun 2005 (Penerbit Humanitary, ISBN 5-89221-098-3). Dalam prakata buku itu "Dunia di Mana Buluh Menyuling Lagu Merdu dinyatakan bahawa keikhlasan dan kesederhanaan bentuk puisinya ialah antara yang terbaik dalam sastera Melayu moden.
Selain itu, penyanyi dan pelakon yang cukup popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang sekitar tahun 70-an Fuziah Hj Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid turut diundang ke program tersebut bagi sama melontarkan pandangan dan pengalaman kepada penonton yang hadir. Turut bersama pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik yang baru berhijrah dengan mengenakan hijab tahun lalu iaitu Irma Hasmie turut sama-sama hadir bagi memberi ruang dan peluang untuk masyarakat serta penonton yang hadir sama-sama mengambil iktibar dan lebih memahami aliran seni budaya dari sudut penghijrahan aliran seni yang telah diceburi.
Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut serta pengesahan kehadiran boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias.
MASUK ADALAH PERCUMA……
###
Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK
TEL : 05-2537001
H/P : 013-9939091 ( Fairus)
EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALDWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR 30350 IPOH, PERAK TEL :05-2537001 FAKSIMILI: 05-2417017
Thursday, May 31, 2012
PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER GES (GERAK EMOSI SUARA)
PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER G.E.S (GERAK, EMOSI, SUARA)
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Pusat Seni Setempat: Teater G.E.S (Gerak, Emosi, Suara) seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 2 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, Ipoh
Pusat Seni Setempat atau Cultural Hotspots kembali menemui pengunjung dan pencinta seni bulan ini dengan pementasan teater G.E.S (Gerak, Emosi, Suara). Jadikan Kompleks Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Perak sebagai lokasi santai keluarga untuk menikmati hiburan ringan yang berilmu sempena cuti sekolah.
Pementasan teater GES merupakan singkatan kepada perkataan gerak, emosi, suara. Sebuah pementasan teater eksprimental yang mengabungkan sifat cintakan tuhan, keimanan, kelahiran, budaya, kasih sayang, pendidikan dan semangat patriotisme.
Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak teater yang dipentaskan kali ini mengajak masyarakat untuk lebih dekat mengenali, memahami dan menceburi seni teater. Konsep santai dan menghiburkan bakal dirasai penonton yang hadir dengan berapa segmen yang diketengahkan iaitu DEKON, TARIAN, NYANYIAN, GERAK SILAT, SKETSA PENDEK, dan pelbagai lagi segmen menarik yang menghiburkan.
Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias.
MASUK ADALAH PERCUMA

FESTIVAL GASING PERAK 2012
FESTIVAL GASING PERAK 2012Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Festival Gasing Perak 2012 seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2012 (Jumaat hingga Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 10 malam
Tempat : Laman Budaya, Kuala Kangsar, Perak
PERASMIAN PEMBUKAAN PERASMIAN PENUTUP
Pada : 26 Mei 2012 (Sabtu) Pada : 27 Mei 2012 (Ahad)
Jam : 2.30 Petang Jam : 11.00 Pagi
oleh
YB DATO’ ZAINOL FADZI BIN HJ PAHARUDIN
(Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak)
Usaha kerajaan negeri dalam melihat permainan gasing untuk diangkat lebih tinggi bersesuaian dengan ‘TAHUN MELAWAT PERAK 2012’. Festival Gasing Perak 2012 bermatlamat untuk memulihara & mengembalikan semula permainan rakyat yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Selain itu juga festival ini dapat mendedahkan dan memberi pengetahuan mengenai permainan rakyat kepada masyarakat khususnya generasi muda.
Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang Festival Gasing Perak 2012 ini, selain pertandingan gasing yang diadakan sepanjang tiga hari (kategori terbuka), turut diadakan pertandingan sukan rakyat seperti sepak raga ratus, congkak, batu seremban, dam aji gergasi, boling kelapa, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan seni budaya, pameran, jualan dan demonstrasi serta PERSEMBAHAN KHAS OLEH USTAZ AKHIL HAYY pada Majlis Perasmian Pembukaan pada (26 Mei 2012, Sabtu) jam 2.30 petang.
Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak , Festival Gasing Perak 2012 dijangka dikunjungi lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung yang datang dari seluruh pelusuk negeri, daerah serta membabitkan pelancong luar negara yang bakal menarik perhatian pengunjung bersempena ‘TAHUN MELAWAT PERAK 2012”. Festival ini juga telah menarik perhatian persatuan gasing dari negeri-negeri lain yang turut berminat untuk menyertai festival ini, berdasarkan penyertaan yang dihantar termasuk dari Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Johor, Pahang dan Kedah. Menariknya dalam festival ini, golongan wanita yang dilihat kurang sinonim dengan permainan gasing ini akan turut menunjukkan aksi mereka pada pengunjung yang hadir.
Pihak jabatan ini sekali lagi menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias.
###
Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK
TEL : 05-2537001
H/P : 013-9939091 ( Fairus)
EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com
Thursday, May 17, 2012
PUSAT SENI SETEMPAT & MANIFESTASI TEATER PERAK 2012
Jabatan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Manifestasi Teater Perak 2012 & Pusat Seni Setempat seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 & 18 Mei 2012 (Khamis dan Jumaat)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Auditorium, Kompleks Jabatan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.....NANTIKAN PERSEMBAHAN MENARIK PEMENTASAN TEATER "BAH", PERSEMBAHAN KESENIAN 1MALAYSIA, PAMERAN, DAN JUALAN BUKU SENI DAN BUDAYA...
MASUK ADALAH PERCUMA!!!!!
Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK
TEL : 05-2537001
H/P : 013-9939091 ( Fairus)
EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com
MAJLIS PENYERAHAN BAHAN-BAHAN TERBITAN JKKN SEMPENA FESTIVAL HARI GURU 2012
15 Mei 2012 (Selasa) :
Majlis Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan Seni Budaya JKKN
Sempenan Festival Hari Guru 2012 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak
Masa : 3.00 Petang
Oleh : YBhg. Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN
Artis Jemputan : Asmidar, One Nation Emcee dan Alif Satar
Sehingga Mei 2012, sebanyak 18, 573 unit Bahan-bahan terbitan JKKN telah diedarkan kepada 1,609 buah sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan Perpustakaan Agensi Kerajaan. Bahan-bahan terbitan JKKN tersebut merangkumi Buku, DVD/CD dan makalah seni budaya.
PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA IPT: HIMPUNAN BELIA
PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA IPT: HIMPUNAN BELIA
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak mengadakan Program Merakyatkan Seni dan Budaya IPT: Himpunan Belia seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 11 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (acara keseluruhan)
8.45 malam (acara perasmian)
Perasmi : YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Pahahrudin
(Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak)
Tempat : Padang Universiti Pendidikan Sultam Ismail (UPSI),
Tanjung Malim
Program Merakyatkan Seni dan Budaya merupakan aktiviti utama yang dilangsungkan oleh Jabatan dan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi merealisasikan visi KPKK bagi mendekatkan masyarakat dengan wadah seni dan budaya. Program Merakyatkan Seni dan Budaya IPT: Himpunan Belia diadakan kali ini bermatlamat untuk mengenengahkan dan mempopularkan seni warisan kepada generasi muda dan intektual. Selain itu, JKKN berusaha meningkatkan silaturahim, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat melalui aktiviti seni budaya bersama warga UPSI.
Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, menyediakan pelbagai aktiviti menarik perhatian seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai terutama golongan muda menerusi Pencungkilan Bakat seperti Pertandingan Karaoke, Deklamasi Puisi YANGhadiah berupa wang tunai dan hamper kepada pemenang. Selain itu juga, JKKN menyerapkan nilai seni budaya dengan pertandingan Sukan Rakyat serta Permainan Tradisional iaitu Pertandingan Congkak, Sepak Raga Ratus, serta Meneka Anak Dabus.
Acara kemuncak, iaitu Acara Perasmian : Program Sentuhan Pemimpin yang akan berlangsung jam 8.45 malam, dirasmikan oleh YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Pahahrudin (Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak). Acara Program Sentuhan pemimpin diserikan dengan persembahan artis jemputan ZATUL MENTOR, persembahan kesenian 1Malaysia dan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung.
Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK
TEL : 05-2537001
EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com
Monday, April 30, 2012
PUSAT SENI SETEMPAT : TARI NEGERI 2012
PUSAT SENI SETEMPAT: TARI NEGERI 2012
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Pusat Seni Setempat: Tari Negeri 2012 seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 5 Mei 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, Ipoh
Pusat Seni Setempat atau Cultural Hotspots kembali menemui pengunjung dan pencinta seni dengan pilihan tema Tari Negeri. Kompleks Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Perak terus kekal dijadikan sebagai lokasi henti rehat yang santai bagi menikmati hiburan yang berkonsepkan pengisian seni budaya.
Pemilihan konsep kali lebih kepada usaha Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN) memartabatkan seni tari tradisional yang telah dipelajari oleh peserta bengkel menerusi Program Bengkel Tari 2012. Konsep bengkel selama dua hari yang berlangsung pada 4 & 5 Mei 2012 bertempat di JKKN Perak yang bercorak santai memberi ruang dan peluang kepada generasi muda yang terdiri daripada kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat setempat yang berminat bagi mengikuti pembelajaran seni tari tradisional daerah.
Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak program Pusat Seni Setempat yang merupakan salah satu program utama jabatan sering kali berusaha menjadikan tema yang dirancang menepati citarasa pengunjung yang hadir. Pusat Seni Setempat : Tari Negeri Perak 2012 bakal mengundang minat untuk mencintai seni tari daerah yang diangkat menerusi acara persembahan yang berlangsung pada Sabtu malam depan. Antara tarian tradisional negeri yang dipilih ialah tarian lenggok, Dabus dan Gambus. Pelbagai aktiviti yang lain berlangsung adalah persembahan muzi dan nyanyian.
Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias.
###
Tarikh : 26 April 2012
Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK
TEL : 05-2537001
H/P : 013-9939091 ( Fairus)
EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)