PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA IPT: HIMPUNAN BELIA


PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA IPT: HIMPUNAN BELIA





 Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak  mengadakan Program Merakyatkan Seni dan Budaya IPT: Himpunan Belia seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 11 Mei 2012 (Jumaat)

Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (acara keseluruhan)
            8.45 malam (acara perasmian)

Perasmi : YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Pahahrudin
               (Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak)

Tempat : Padang Universiti Pendidikan Sultam Ismail (UPSI),
              Tanjung Malim

Program Merakyatkan Seni dan Budaya merupakan aktiviti utama yang dilangsungkan oleh Jabatan dan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi merealisasikan visi KPKK bagi mendekatkan masyarakat dengan wadah seni dan budaya. Program Merakyatkan Seni dan Budaya IPT: Himpunan Belia diadakan kali ini bermatlamat untuk mengenengahkan dan mempopularkan seni warisan kepada generasi muda dan intektual. Selain itu, JKKN berusaha meningkatkan silaturahim, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat melalui aktiviti seni budaya bersama warga UPSI.

Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, menyediakan pelbagai aktiviti menarik perhatian seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai terutama golongan muda menerusi Pencungkilan Bakat seperti Pertandingan Karaoke, Deklamasi Puisi YANGhadiah berupa wang tunai dan hamper kepada pemenang. Selain itu juga, JKKN menyerapkan nilai seni budaya dengan pertandingan Sukan Rakyat serta Permainan Tradisional iaitu Pertandingan Congkak, Sepak Raga Ratus, serta Meneka Anak Dabus.

Acara kemuncak, iaitu Acara Perasmian : Program Sentuhan Pemimpin yang akan berlangsung jam 8.45 malam, dirasmikan oleh YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Pahahrudin (Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak). Acara Program Sentuhan pemimpin diserikan dengan persembahan artis jemputan ZATUL MENTOR, persembahan kesenian 1Malaysia dan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung.



Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK
                            JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR
                           30350 IPOH PERAK
                           TEL : 05-2537001
                            EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com

Comments