PUSAT SENI SETEMPAT : APRESIASI TOKOH SENI NEGERI PERAK 2012

ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM PERAK AMAN JAYA. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan progam Pusat Seni Setempat : Apresiasi Tokoh Seni Negeri Perak 2012 seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 21 April 2012 (Sabtu) Masa : 8.30 malam Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Perasmi : YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak Pusat Seni Setempat : Apresiasi Tokoh Seni Negeri Perak 2012 adalah bertujuan memberi penghargaan kepada pengiat seni yang telah memperlihatkan ketokohan dan memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni sepanjang pembabitan dalam bidang yang diceburi. Selain itu juga, jabatan berusaha membantu meningkatkan penhasilan karya-karya bermutu melalui pengiat-pengiat seni bagi meningkatkan lagi taraf indutri seni negeri itu sendiri. Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak penerima yang dianugerahkan menerusi Pusat Seni Setempat : Apresiasi Tokoh Seni Negeri Perak 2012 dipilih berdasarkan kriteria ketokohan, kepimpinan dan intelektual yang cemerlang dalam meningkat dan mengembangkan mana – mana bidang seni yang dikuasainya. Selain itu juga, penerima yang dipilih berdasarkan kegigihan dan kesungguhan penglibatan serta memberi sumbangan yang berterusan dalam bidangnya sekaligus mempamerkan prestasi yang cemerlang dan menyerlah dalam merekacipta dan menghasilkan karya – karya yang bermutu tinggi. Acara yang mengangkat martabat ketokohan seni budaya negeri Perak bakal terisi dengan pengisian menarik antaranya tayangan biografi tokoh seni, sesi bicara bersama penerima anugerah dan persembahan kesenian. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias. ### Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR 30350 IPOH PERAK TEL : 05-2537001 H/P : 013-9939091 ( Fairus) EMAIL : prteam_kekkwaprk@yahoo.com

Comments