TEATER SYAJAR

JOM TONTON TEATER SYAJAR

4 APRIL 2015 (SABTU 8.30 MALAM)

TEATER SYAJAR & DEKON SELAMAT TIDUR POHOH-POHON HIJAU bakal menemui pencinta seni teater pada 4 April 2015 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak.

Pementasan hasil karya Ismail Kassan dan Marzuki Ali serta arahan Nur Farahiya & AKTEP merupakan anjuran Badan Budaya Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak.

Teater Syajar mengisahkan cerita tentang sebatang pohon sena yang rendang. Pohon sena ini melambangkan sebuah kepimpinan seorang pemimpin yang pada satu ketika dahulu tegap,gagah, dan mampu memberi perlindungan terhadap semua makhluk di bawah naungannya. Terdapat pelbagai kisah lagi dalam teater Syajar. Ingin mengetahui kisah selanjutnya tuan/puan dijemput hadir menonton teater Syajar.

Untuk pengesahan kehadiran dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Fairus (013-9939091/05-25337001)

Masuk adalah percuma

Comments