MANIFESTASI TARI MALAYSIA 2015 PERINGKAT ZON UTARA


REBUT TEMPAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA MANIFESTASI TARI MALAYSIA 2015


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak selaku tuan rumah bagi pelaksanaan Manifestasi Tari 2015 Peringkat Zon Utara akan mengadakan program tersebut pada 11 April 2015 (Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, 30250, Ipoh Perak.

Program pertandingan tarian ini melibatkan empat (4) buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Setiap kumpulan akan mempersembahkan dua (2) tarian dalam kategori tarian tradisional daerah/sukuan dan tarian rampaian tradisional. Manifestasi tari di peringkat zon diadakan bagi memilih enam (6) kumpulan terbaik ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 4-6 Jun 2015.

Wakil tunggal negeri Perak iaitu Badan Kesenian TLDM akan mepertaruhkan tarian Dabus dan Tarian Rampai Cinta. Turut bersaing merebut tempat adalah Kumpulan Kesenian Adikarma dari Pulau Pinang, Kumpulan Taming Sari UITM Perlis dan Kumpulan Lagenda Seni dari Kedah.

Jabatan ini menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada kumpulan yang bertanding. Bakal menyerikan majlis dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohd Radzi, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak.

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung Puan Nor Fairus Binti Alias ditalian (018-9589049) atau klik ‘LIKE’ Facebook: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Masuk adalah percuma



DISEDIAKAN OLEH :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM JKKN PERAK
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, PERA
JALAN CALDWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR,30350 IPOH. PERAK
TEL: 05-2537001 FAKS : 05-2417017
TARIKH : 8 APRIL 2015

Comments