Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak (JKKN Perak) akan menganjurkan 3 program iaitu;

i. PMS Permainan Tradisional: My Gasing Championship Perak 2015
Program dan aktiviti ini dilaksanakan melalui pertandingan secara liga antar kampung atau komuniti. Ia diadakan bagi memartabat dan mempopularkan permainan tradisional gasing kepada rakyat. 


ii. Ekspresi Muzik Perak 2015
Ekspresi Muzik memasuki tahun ke-3 dilaksanakan dalam bentuk pertandingan secara individu ataupun berkumpulan bagi mencungkil bakat tempatan dalam seni muzik. 

iii. Bazar Seni 2015
Bazar seni adalah ruang terpilih bagi persembahan seni oleh penggiat/ pengusaha seni dan budaya mempamerkan bakat dan karya mereka dalam pelbagai bidang seni seperti seni persembahan, seni visual, seni kraf, seni mempertahankan diri, dan sebagainya

pada;

7, 8 & 9hb Ogos 2015

9.00 pagi - 10.00 malam

Kompleks JKKN Perak


Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program pada hari tersebut di mana JKKN Perak telah menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur. Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 05-253 7001 (En. Zurairi Hanip).

..:SEMUA DIJEMPUT HADIR:..

..:MASUK ADALAH PERCUMA:..



Ekspresi Muzik ini mencungkil bakat di kalangan generasi muda dalam bidang muzik serta menggalak dan meningkatkan kebolehan dalam menguasai permainan alat muzik Tradisional, Moden dan Bahan-Bahan Terpakai. Ia juga melahirkan bakat-bakat muzik yang mampu dalam menghasilkan karya – karya muzik yang berkualiti.

Program akan diadakan pada;

i. Peringkat SARINGAN - 8 Ogos 2015 / 10.00pagi - 6.00petang

ii. Peringkat AKHIR - 9 Ogos 2015 / 8.30 malam


Bagi sesiapa yang berminat, sila mendapatkan borang di ruangan blog JKKN Perak ini.
Penyertaan adalah PERCUMA.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 05-253 7001 (En. Zurairi Hanip).

Comments