Posts

Showing posts from August, 2016

Festival Wau & Layang-layang

Image
Terkini!!!!! Sabtu (10 September 2016) 9.00 pagi - 5.00 petang Bertempat di Padang Sek.Men.Dato Ahmad Said Untuk keterangan lanjut, hubungi: 017-521 2271 (Norly) 013-510 3223 (Sumasi) 013-521 1184 (Manan)

Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Perak

Image
Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Perak @ hadapan Dewan Bandaran Ipoh (Ipoh Town Hall), Perak

Buletin TV JKKN Perak (31 Ogos 2016)

Image
Merdeka itu bukanlah yang mudah kita perolehi, Melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya, iaitu pengorbanan yang sebenar-benar pengorbanan. -Tunku Abdul Rahman Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat Negeri Perak, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak dengan kerjasama pelbagai agensi telah menjayakan acara yang gilang-gemilang ini. #sehatisejiwa #JKKNPERAK #Merdeka59

Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2016

Image
Masih ada masa... Jom semarakkan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2016

Mata Hati - JKKN Perak

Image
Mata memainkan peranan penting dalam kehidupan manakala Hati pula adalah tonggak utama diri setiap insan. Namun apakah erti sebuah kemerdekaan jika Mata hanya melihat tanpa menghirau, jika Hati hanya berasa tanpa bersuara? Sempena Hari Kebangsaan ke-59 2016, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak mempersembahkan sebuah filem pendek "Mata Hati"...

Erti Merdeka - JKKN Perak

Image
Lebih separuh abad dulu, kita berusaha memerdekakan negara dari genggaman penjajah... Tetapi kini, kita baru merangkak berusaha memerdekakan institusi keluarga dari genggaman diri sendiri... Bermula dari keluarga bahagia yang Sehati Sejiwa, seterusnya memancar ke sebuah negara yang harmoni dan makmur...Sempena Hari Kebangsaan ke-59 2016 , Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak mempersembahkan sebuah filem pendek "Erti Merdeka"

Persembahan Muzikal Suria Sehati Sejiwa dan Lagu Ceritera Sehati Sejiwa

Image
Nantikan persembahan Muzikal Suria Sehati Sejiwa dan Lagu Ceritera Sehati Sejiwa pada 31 Ogos 2016 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh. Ceritera Sehati Sejiwa Ciptaan lirik dan lagu oleh Nik Mohd Fazli Nyanyian oleh Ameera Nabila

Muzikal Suria Sehati Sejiwa

Image
Saksikan Muzikal "Suria Sehati Sejiwa" sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2016 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh pada 31 Ogos 2016 - jam 7.30 pagi

Sesi Bacaan Doa & Perjumpaan Ringkas Warga Kerja JKKN Perak

Image
Sesi Bacaan Doa & Perjumpaan Ringkas Warga Kerja JKKN Perak...Pagi ini Bandar Ipoh dilimpahi hujan Rahmat...begitu juga suasana yang kami rasakan...Setiap yang bertemu ada perpisahan...kali ini kami relakan ke arah kemajuan kerjaya dan kondisi keluarga yang lebih memerlukan Encik Faiz Amirul Asif Bin Kamaruddin yang merupakan pemuzik Kumpulan Kesenian JKKN Perak, beliau akan meneruskan tugas di JKKN IBU PEJABAT pada 1 September ini, semoga terus cemerlang di tempat baru. Di samping itu juga, 3 pelajar Latihan Industri Cik Farah, Sherry dan Aisyah pelajar dari UPSI Perak yang telah bersama 2 bulan dengan JKKN Perak akan menamatkan latihan mereka pada 5 September ini...semoga maju jaya buat mereka jua. Turut diraikan mereka yang telah melangsungkan majlis perkahwinan ... Kelab Kebajikan dan Sukan JKKN Perak baru berpeluang memberi cenderamata buat mereka yang diarai...semoga Bahagia dunia akhirat...

Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2016

Image
29 Ogos 2016 - Dataran Bandaran Ipoh @ berhadapan KTM Ipoh telah berlangsung sesi raptai sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak. Sesi raptai bermula seawal 7.30 pagi menyaksikan semua peserta yang terlibat bagi acara tersebut menjalani sesi raptai bagi acara sebenar yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini...Jom saksikan persembahan istimewa "Muzikal Suria Sehati Sejiwa" yang dikelola oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak pada 31 Ogos ini...Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Buletin TV JKKN Perak (29 Ogos 2016) - Bazar Seni 2016

Image

Bazar Seni 2016 Siri Ke-2

Image
28 Ogos 2016 (Ahad), Ladies Lane, Ipoh - Hujung minggu lalu telah berlangsung Program Bazar Seni 2016 Siri ke-2 yang telah melanjutkan siri luar dari Kompleks JKKN Perak. Pendekatan siri kali ini memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan produk seni budaya di samping pengisian sokongan Bazar Seni seperti permainan tradisional Perak (Dam Aji Gergasi, Congkak), kuiz Seni Budaya, Busking Lagu-lagu Puisi, jualan bahan dokumentasi dan lain-lain lagi. Jom temui kami kembali dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak & SNAP Perak pada 25 September 2016 di Ladies Lane, Ipoh jam 7.00 pagi.