Ipoh Cultural Showcase : Edisi 5 & 6 Ogos 2016



“IPOH CULTURAL SHOWCASE” BERSAMA BINTANG SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK

            Sempena HARI KEBANGSAAN MALAYSIA yang bakal tiba, tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan Ipoh Cultural Showcase (ICS) yang bertemakan PATRIOTIK anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak yang diadakan di Kompleks, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak (berhadapan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berhampiran dengan kediaman Menteri Besar, Perak) pada 5 & 6 Ogos 2016 (Jumaat & Sabtu ) jam 8.30 malam.
            
Program percuma ini diadakan secara berkala iaitu setiap hari Jumaat menampilkan pelbagai pengisian menarik yang merangkumi persembahan seperti tarian tradisional Negeri Perak, peragaan busana tradisional Melayu Perak, persembahan muzik, nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan deklamasi puisi dan sebagainya.

Untuk makluman tuan/puan, ICS kali ini dimeriahkan lagi dengan pementasan “MALAM GALA SINARAN BINTANG” oleh Sekolah Seni Malaysia Perak yang akan membuat persembahan muzik dan tarian bertempat di Auditorium JKKN Perak pada tarikh dan waktu yang sama. Pas masuk ke pementasan ini boleh di dapati di kaunter JKKN Perak.
            Menurut Pengarah JKKN Perak - Encik Jasmi Bin Rasit , bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan aktiviti yang bertemakan semangat patriotisme perlu dibudayakan dalam setiap program bagi menyentuh jiwa masyarakat agar cintakan tanah air.
           
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung Puan Nor Fairus Binti Alias di talian (018-9589049) atau klik ‘LIKE’ Facebook: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Disediakan Oleh                 : Unit Perhubungan Awam JKKN Perak
Tarikh                                    : 3 Ogos 2016 (Rabu)
Tel                                          : 05-2537001
Faks                                       : 05-2417017

Email                                      : norfairus@jkkn.gov.my

Comments