Bazar Seni 2016 Siri Ke-2

28 Ogos 2016 (Ahad), Ladies Lane, Ipoh - Hujung minggu lalu telah berlangsung Program Bazar Seni 2016 Siri ke-2 yang telah melanjutkan siri luar dari Kompleks JKKN Perak. Pendekatan siri kali ini memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan produk seni budaya di samping pengisian sokongan Bazar Seni seperti permainan tradisional Perak (Dam Aji Gergasi, Congkak), kuiz Seni Budaya, Busking Lagu-lagu Puisi, jualan bahan dokumentasi dan lain-lain lagi. Jom temui kami kembali dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak & SNAP Perak pada 25 September 2016 di Ladies Lane, Ipoh jam 7.00 pagi.















  

 

 

 

 

 


Comments