SILAT TERUS BERNYAWA

TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR, 19 Mac 2016 – “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”, silat masih diakui oleh pencinta seni yang telah mengumpulkan hampir seratus (100) peserta daripada sepuluh (10) persatuan pesilat seluruh negeri Perak.

Usaha memelihara seni ini telah dilakukan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, (JKKN) Perak, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perak dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Sedunia Negeri Perak yang menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya: Seni Bela Diri Silat bertempat di Arena Rakyat, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada 19 Mac 2016 (Sabtu) lalu.

Sepuluh (10) persatuan pesilat seluruh negeri Perak yang turut serta antaranya Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Perak, Pertubuhan Seni Lincah Malaysia Negeri Perak, Pertubuhan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung Daerah Manjung, Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia, Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Negeri Perak, Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak, Persatuan Pencak Silat Krayung Sendeng Daerah Hilir Perak, Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Negeri Perak, Persatuan Seni Silat Banten Betawi Perak dan Persatuan Silat Kegayungan Indra Sakti Negeri Perak  

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA membolot hampir keseluruhan kategori yang dipertandingkan apabila menjadi JOHAN - Solo Tari Tangan Kosong Silat Pulut (Putra), Solo Tari Tangan Kosong Silat Pulut (Putri),  Solo Tari Bersenjata – Kreatif (Putra), Solo Tari Bersenjata – Kreatif (Putri), Tempur Bersenjata – kreatif (Putra), Tempur Bersenjata – kreatif (Putri), Muzik Silat Baku dan Muzik Silat Bebas. Manakala JOHAN, Tempur Tangan Kosong – Silat (Putra)  adalah Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia dan JOHAN Tempur Tangan Kosong – Silat (Putri) ialah Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia  

Menurut Pengarah JKKN Perak, Encik Jasmi Bin Rasit hasrat JKKN kepada penggiat dan aktivis seni budaya supaya bijak mencari dan mengambil peluang untuk mentransformasikan kegiatan seni silat agar memberikan sesuatu pulangan yang menguntungkan. JKKN amat menggalakkan elemen seni silat ini dikomersialkan dan disesuaikan dengan pertumbuhan pelancongan negeri Perak.
  
DISEDIAKAN OLEH           : UNIT PERHUBUNGAN AWAM JKKN PERAK
TARIKH                                 : 21 MAC 2016 (ISNIN)

TEL                                         : 05-2537001 @ 018-9589049 (Fairus)         FAKS :   05-2417017


















Comments