People's Park, Tempat Rekreasi Baru Tumpuan Pelancong di Ipoh

Tahukah anda, di Ipoh terdapat sebuah taman rekreasi yang bernama People’s Park. Dahulunya People’s Park di Jalan Sultan Iskandar yang terletak berdekatan Pekan Ipoh Lama terkenal dengan tapak pasar karat (loken) dan sangat dikenali juga dengan tapak Restoran Nashmir. Seni bina tersergam indah ini dikelilingi kehijauan pokok-pokok menjadikan persekitaran kelihatan tenang dan sejuk. Kemudahan yang terdapat di sana antaranya tempat permainan kanak-kanak, kolam renang, tandas dan restoran yang akan dibuka tidak lama lagi.

Bagi menjadikan hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan People’s Park sebagai tempat tumpuan baru buat pelancong dalam dan luar negeri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh akan mengadakan program kesenian secara berkala yang diadakan secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Program kesenian secara berkala yang diberi nama Ipoh Cultural Showcase (ICS) ini akan diadakan setiap hari Jumaat, setiap minggu jam 8.30 malam. Minggu 1 dan & 3 di Kompleks JKKN Perak manakala minggu 2 & 4 di People’s Park.

ICS menjanjikan hiburan ringkas kepada pengunjung padat dengan aktiviti kesenian selama 45-60 minit. Antara pengisiannya ialah tarian-tarian tradisional, tarian pelbagai kaum, live band muzik tradisional, segmen “Jom Belajar Seni Budaya” (tarian dabus, cara pakai sampan, belajar bergendang, memakai aksesori, asas teater dan lain-lain lagi).

Jadi jangan lupa malam esok, 11 Mac 2016 (Jumaat), 8.30 malam bersama Kumpulan Kesenian JKKN Perak di People’S Park.


  









Comments

  1. terbaik..diantara salah satu tarikan yang menarik yang ada di bandaraya ipoh nanti.. p/s..*cara pakai sampin bukan sampan..heheheee

    ReplyDelete

Post a Comment