IPOH CULTURAL SHOWCASE 2016 : PROGRAM KESENIAN SECARA BERKALA



SETIAP HARI JUMAAT …….
SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN…..
“IPOH CULTURAL SHOWCASE”
         


BERMULA MAC 2016 INI, JAM 8.30 MALAM, SETIAP HARI JUMAAT, SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN. Tuan / puan dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan Ipoh Cultural Showcase anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh yang akan diadakan di :

i)  Kompleks, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak (berhadapandengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berhampiran dengan kediaman Menteri Besar, Perak) yang akan diadakan setiap hari Jumaat pada MINGGU PERTAMA & KE- TIGA.

ii)         Manakala pada MINGGU KEDUA & KEEMPAT akan diadakan di People’s Park, Jalan Bijih Timah (berdekatan dengan sungai Pekan Lama, Ipoh)
  
Tarikh yang paling hampir iaitu 4 Mac 2016 (Jumaat) ini , jam 8.30 malam 
di Kompleks JKKN Perak

Pelbagai pengisian menarik meliputi persembahan seperti tarian tradisional Negeri Perak, tarian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, persembahan muzik tradisonal, kuiz seni budaya dan aktiviti “Jom Belajar Seni Budaya”. Antaranya tarian Gambus Padang Changkat, Dabus, Joget Perak, Cempaka Sari, Dikir Fusion, Nego , Joget Kete Lembu, Tanglung, Kollatum, Joget Malaysia, My Fest dan sebagainya.

Pihak Jabatan menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke Kompleks JKKN Perak dan People’s Park bagi menyemarakkan aktiviti di Jabatan sekaligus membudayakan seni tari / muzik di negeri Perak. MASUK ADALAH PERCUMA.

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung Puan Nor Fairus Binti Alias ditalian (018-9589049) atau klik ‘LIKE’ Facebook: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

DISEDIAKAN OLEH             : UNIT PERHUBUNGAN AWAM JKKN PERAK
TARIKH                                 : 1 MAC 2016 (SELASA)

TEL                                        : 05-2537001            FAKS :           05-2417017

Comments