FESTIVAL TEATER PERAK 2017


5 HARI , 5 TEATER
FESTIVAL TEATER 1 - 5 OGOS DI KOMPLEKS JKKN PERAK

IPOH, PERAK, 1 Ogos 2017 – “Umpama siang menjadi angan-angan, malam menjadi mimpi”, acara tradisi yang dinantikan oleh aktivis-aktivis teater di Perak setiap tahun bakal menemui peminat-peminat teater bermula pada 1 - 5 Ogos 2017 di Auditoriun JKKN Perak.
Festival Teater Negeri Perak 2017 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak akan disertai oleh lima produksi teater yang bakal mementaskan (5) lima buah teater yang berbeza.
 Jom datang beramai-ramai meriahkan festival ini secara PERCUMA seperti ketetapan tarikh berikut:

TARIKH / MASA
SKRIP & KARYA
NAMA KUMPULAN
1 OGOS 2017
8.30 malam
Ramona Jalan Yang Kalsom
(Azlan Norani)
Persatuan Deklamasi Lakon Perak
2 OGOS 2017
8.30 malam
Lorong
(Fauziah Nawi)
Kelab Penyair Deklamator Negeri Perak
3 OGOS 2017
8.30 malam
Kelentong
(Hafizee Hatta)
Studio Permata
4 OGOS 2017
8.30 malam
Awal dan Mira
(Utuy Tatang Sotani)
The Interns
5 OGOS 2017
8.30 malam
Anak
(Wan Ahmad Ismail)
Badan Budaya Perak

            Kumpulan yang bertanding bakal berpeluang menyertai Festival Teater Peringkat Kebangsaan 2017 dan merebut anugerah individu mengikut kategori yang ditetapkan, seperti Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik dan banyak lagi.
           
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En Rafi Jafranee ditalian 013-280 2884.

Nor Fairus Binti Alias
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Tel : 05-2537001 @ 013-9939091

Comments