Galeri Seni Tarikan Terbaharu di Kompleks JKKN Perak







IPOH, 18 Julai 2016 - Galeri Seni JKKN Perak dibuka secara rasminya hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN. Beliau berharap dengan adanya galeri seni ini akan menjadi pusat rujukan masyarakat umum yang ingin mendapatkan maklumat mengenai seni budaya khususnya di Negeri Perak. Dalam pada itu, beliau turut memberi harapan warga JKKN Perak mampu menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang seni dan budaya. Beliau kemudian meluangkan masa beramah mesra dan mengadakan Mesyuarat Pengurusan bersama pegawai dan kakitangan JKKN Perak.

Comments