FESTIVAL TARI 2016 JKKN PERAK


Gemalai Samudera TLDM merupakan Johan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014 yang dikoreografikan oleh Amal Nasir.

Jom sertai Festival Tari 2016 JKKN Perak. Dapatkan syarat-syarat penyertaan bagi tahun ini segera dengan hubungi 05-253 7001 (En Zahir Ahmad) untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Selain itu, anda juga boleh pergi ke laman sesawang FB : Festari 2016 JKKN PERAK.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & PERTANDINGAN
FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI 2016

____________________________________________
A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

i. Penyertaan terbuka kepada semua WARGANEGARA Malaysia yang berminat untuk menunjukkan bakat dalam bidang tari dan berumur 13 tahun ke atas.
ii. Bagi tahun 2016 pertandingan akan dilaksanakan secara online fanpage.
iii. Setiap kumpulan yang bertanding perlu menghantar tarian dalam bentuk rakaman video dalam format (HD High Definition Video) secara online di fanpage JKKN Negeri- negeri yang diwakili.
iv. Warga kerja KPK dan JKKN tidak dibenarkan terlibat.
v. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai permasalahan dari segi kesihatan.
vi. Sebarang kos pembabitan dalam pertandingan di bawah tanggungan kumpulan sendiri.
B. Syarat-syarat pertandingan
1. Pertandingan terdiri daripada Tiga (3) kategori iaitu ;-
1.1. KATEGORI TARIAN TRADISIONAL
Persembahan hendaklah dalam bentuk asal tarian tradisi / etnik (muzik dan pola lantai) masyarakat Malaysia.
Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan tarian tradisi / etnik masyarakat Malaysia daerah atau negeri masing-masing. Bagi negeri yang tidak mempunyai tarian tradisi, boleh mempersembahkan tarian tradisi negeri yang paling hampir dengan negeri tersebut.
1.2. KATEGORI TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL
Kategori ini berasaskan tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli. Setiap kumpulan hendaklah memilih sekurang-kurangnya 2 tarian menggunakan Lagu Asli Melayu berasaskan tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli.
1.3. KATEGORI TARIAN MODEN
Tarian moden yang popular.
Karya tari yang tidak melanggar tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia.
Penampilan dan tatarias hendaklah menjaga nilai dan budaya masyarakat Malaysia.
Skop tarian moden yang merangkumi tarian-tarian seperti:
Street Dance, Latin (Ballroom, Salsa, Tango), Kontemporari, Modern Ballet, Jazz, Hip hop, Line Dance, Tap, Bally, Lyrical Dance dan lain-lain lagi.
2. Jumlah ahli kumpulan TIDAK MELEBIHI 15 orang termasuk pengurus, koreografer dan krew.
3. Setiap kumpulan dibenarkan memilih SATU (1), DUA (2) ATAU KETIGA –TIGA kategori yang dipertandingkan.
• Kategori Tarian Tradisional
• Kategori Tarian Rampaian Tradisional
• Kategori Tarian Moden
4. Setiap peserta hanya dibenarkan terlibat dalam satu (1) kumpulan sahaja. Sekiranya pihak urus setia mendapati adanya penglibatan peserta yang sama dalam kumpulan lain maka pihak urus setia akan membatalkan penyertaan kumpulan yang terlibat.
5. Lima (5) kumpulan terbaik setiap kategori di negeri akan dinilai semula oleh panel juri yang dilantik oleh JKKN Ibu Pejabat bagi memilih sebanyak lima (5) kumpulan terbaik setiap kategori seluruh Malaysia untuk dipertandingkan di Festival Tari Malaysia 2017 (Tertakluk kepada cadangan aktiviti tahun 2017).
6. Kumpulan bertanding hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan dihantar kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri-negeri yang diwakili.
7. Penggunaan alat-alat muzik tradisi atau alat muzik elektronik untuk kesan bunyi adalah dibenarkan.
8. Nyanyian secara langsung juga adalah dibenarkan.
9. Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memapar unsur-unsur menghairahkan dan menggunakan perkataan lucah dan berbaur perkauman yang bertentangan dengan nilai masyarakat tempatan, agama dan keperibadian bangsa. Misalnya melalui penggunaan kostum menjolok mata, pergerakan dan seni kata lagu yang mengiringi tarian.
10. Kumpulan haruslah bertanggungjawab sekiranya melibatkan perundangan dalam hak cipta serta pembayaran royalti dan sagu hati.
C. SYARAT-SYARAT LAIN
1. Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri semasa pertandingan berlangsung bagi menjaga nama baik individu, kumpulan dan pihak penganjur dari semua aspek.
2. Penggunaan selipar, seluar pendek dan t-shirt leher bulat adalah DILARANG sama sekali sewaktu menyaksikan pertandingan termasuk majlis perasmian dan majlis penyampaian hadiah.
3. Kumpulan dan peserta mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur bagi memastikan kelancaran Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016.
4. Semua peserta adalah dicadangkan dan digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans sepanjang program berlangsung.
5. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri-negeri serta semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016 tidak akan bertanggungjawab ke atas kemungkinan risiko semasa membuat persembahan.
6. Pihak penganjur berhak untuk merakam, menerbit, mencetak, menyiar dan menjual rakaman Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016. Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan. Penerbitan adalah menjadi hak milik penganjur.
7. Keputusan panel Hakim dan penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. Pihak penganjur akan memaklumkan apa-apa perubahan berkaitan penganjuran dari masa ke semasa.
Disediakan oleh;
Urusetia Festival Tari Malaysia
Bahagian Pengembangan Seni Budaya
Sektor Kebudayaan dan Kesenian
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
MALAYSIA

Comments