FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 8 NOVEMBER 2014




 

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Untuk makluman tuan / puan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak akan mengadakan pertandingan tarian (kategori Tarian Tradisional & Kategori Tarian Street Dance) sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8 November 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off
Jalan Raja Dihilir, Ipoh.

 Sehubungan itu, jabatan ini ingin menjemput kumpulan tarian pihak tuan / puan untuk menyertai pertandingan yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 hingga 35 tahun sahaja. Pertandingan terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Tarian Tradisional (terbuka kepada badan-badan kerajaan & swasta) dan Kategori Tarian Tarian Street-Dance (terbuka kepada semua lapisan masyarakat).

Untuk makluman pihak tuan / puan jua, hadiah yang ditawarkan bagi setiap kategori Juara – (RM 1,000.00, piala dan sijil), Naib Juara (RM 700.00, piala dan sijil) dan Ketiga (RM 500.00, piala dan sijil). Pemenang berpeluang mewakili Negeri Perak ke Festival Tari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015.

Bersama-sama ini dikepilkan syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan yang perlu dikembalikan kepada urusetia pada atau sebelum 3 November 2014 (Isnin).

Taklimat dan cabutan undian bagi kumpulan –kumpulan yang bertanding akan diadakan pada 5 November 2014 (Rabu) jam 10.00 pagi di Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak. Sebarang pertanyaan tuan / puan boleh berhubung dengan Puan Nor Fairus Binti Alias ditalian (0139939091) atau klik ‘LIKE’ Facebook: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.


Comments