PERTANDINGAN PERAGAAN PAKAIAN TRADISI INDIA


PERTANDINGAN PERAGAAN PAKAIAN TRADISI INDIA SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM): DEEPAVALI 2017



PERTANDINGAN PERAGAAN PAKAIAN TRADISI INDIA SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM): DEEPAVALI 2017

TARIKH: 11 NOVEMBER 2017 (SABTU)
MASA: 2.00 PETANG
LOKASI: LADANG INFOTERNAK SUNGAI SIPUT, PERAK


SYARAT PERTANDINGAN RATU SAREE DAN RAJA KURTA/VESTI/DHOTIS 2017

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Kategori : Individu
2. Pertandingan terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun keatas.
3. Terbuka kepada semua Warga Negara Malaysia
4. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
5. Pakaian disediakan oleh peserta sendiri.
6. Masa persembahan/peragaan yang diberikan adalah selama 2 minit
7. Pakaian berlawanan jantina TIDAK DIBENARKAN.
8. Yuran pendaftaran adalah PERCUMA.
9. Peserta yang lambat akan dibatalkan penyertaan
10. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kehilangan dan/atau kesulitan yang dialami Peserta di dalam Pertandingan ini.
11. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan dan/atau pindaan, tambahan atau pertukaran terhadap Pertandingan ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis dan semua Peserta adalah terikat dengan sebarang dan/atau kesemua perubahan dan/atau pindaan, tambahan atau pertukaran tersebut.
12. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD sebarang rayuan tidak akan dilayan.
13. Tarikh tutup penyertaan pertandingan ialah pada 11 November 2017 (Sebelum Pertandingan dimulakan.) Borang Penyertaan boleh di dapati di Kaunter Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Perak @ Semasa hari Program berlangsung.
14. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini
boleh dirujuk kepada Urus Setia Pertandingan di talian 05-2537001@
018-9554731 Puan Fatimatul Wahidah Bt Nordin
.

HADIAH PERTANDINGAN :
1. Johan RM 500.00
2. Naib Johan RM 300.00
3. Ketiga RM 200.00
4. Saguhati x 1 Orang RM 100.00


Comments