FESTARI 2016 JKKN Perak

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & PERTANDINGAN FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 
i.Penyertaan terbuka kepada semua WARGANEGARA Malaysia yang berminat untuk menunjukkan bakat dalam bidang tari dan berumur 13 tahun ke atas.

ii.  Bagi tahun 2016 pertandingan akan dilaksanakan secara online fanpage.

iii. Setiap kumpulan yang bertanding perlu menghantar tarian dalam bentuk rakaman video dalam format HD (High Defination Video) secara online di fanpage FESTARI 2016 JKKN PERAK.

iv. Warga kerja KPK dan JKKN tidak dibenarkan terlibat.

v.  Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai permasalahan dari segi kesihatan.

vi. Sebarang kos pembabitan dalam pertandingan di bawah tanggungan kumpulan sendiri.

B. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.  Pertandingan terdiri daripada TIGA (3) kategori iaitu;-

1.1  KATEGORI TARIAN TRADISIONAL

- Persembahan hendaklah dalam bentuk asal tarian tradisi/etnik (muzik dan pola lantai) masyarakat Malaysia.

- Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan tarian tradisi/etnik masyarakat Malaysia daerah atau negeri masing-masing. Bagi negeri yang tidak mempunyai tarian tradisi, boleh mpersembahkan tarian tradisi negeri yang paling hampir dengan negeri tersebut.

1.2  KATEGORI TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL

- Kategori ini berasaskan tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli. Setiap kumpulan hendaklah                      memilih sekurang-kurangnya 2 tarian menggunakan Lagu Asli Melayu berasaskan tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli.

1.3  KATEGORI TARIAN MODEN

- Tarian moden yang popular.

- Karya tari yang tidak melanggar tatasusila budaya masyarakat Malaysia .

- Penampilan dan tatarias hendaklah menjaga nilai dan budaya masyarakat Malaysia.

- Skop tarian moden yang merangkumi tarian-tarian seperti:
  ~Street Dance, Latin (Ballroom, Salsa, Tango), Kontemporari, Modern Ballet, Jazz, Hip Hop, Line Dance, Tap, Bally, Lyrical Dance dan lain-lain lagi.

2.  Jumlah ahli kumpulan TIDAK MELEBIHI 15 orang termasuk pengurus, koreografer dan krew.

3.  Setiap kumpulan dibenarkan memilih SATU (1), DUA (2) atau KETIGA-TIGA kategori yang dipertandingkan.

          - Kategori Tarian Tradisional
          - Kategori Tarian Rampaian Tradisional
          - Kategori Tarian Moden

4.  Setiap peserta hanya dibenarkan terlibat dalam SATU (1) kumpulan sahaja. Sekiranya pihak urusetia mendapati adanya penglibatan peserta yang sama dalam kumpulan lain maka pihak urusetia akan membatalkan penyertaan kumpulan yang terlibat.

5.  LIMA (5) kumpulan terbaik setiap kategori di negeri akan dinilai semula oleh panel juri yang dilantik oleh JKKN Ibu Pejabat bagi memilih sebanyak LIMA (5) kumpulan terbaik setiap kategori seluruh Malaysia untuk dipertandingkan di Festival Tari Malaysia 2017 (Tertakluk kepada cadangan aktiviti tahun 2017).

6.  Kumpulan bertanding hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan dihantar kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak melalui email jkknperak@gmail.com @zahirahmad@jkkn.gov.my, juga melalui faksimili 05-2417017.

7.  Penggunaan alat-alat muzik tradisi atau alat muzik elektronik untuk kesan bunyi adalah dibenarkan.

8.  Nyanyian secara langsung juga adalah dibenarkan.

9.  Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memapar unsur-unsur menghairahkan dan menggunakan perkataan lucah dan berbaur perkauman yang bertentangan dengan nilai masyarakat tempatan, agama dan keperibadian bangsa. Misalnya melalui penggunaan kostum menjolok mata, pergerakan dan senikata lagu yang mengiringi tarian.

10. Kumpulan haruslah bertanggungjawab sekiranya melibatkan perundangan dalam hak cipta serta pembayaran royalti dan saguhati.

C.  SYARAT-SYARAT LAIN

1.  Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri semasa pertandingan berlangsung bagi menjaga nama baik individu, kumpulan dan pihak penganjur dari semua aspek.

2.  Penggunaa selipar, seluar pendek dan t-shirt leher bulat adalah DILARANG sama sekali sewaktu menyaksikan pertandingan termasuk majlis perasmian dan majlis penyampaian hadiah.

3.  Kumpulan dan peserta mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur bagi memastikan kelancaran Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016.

4.  Semua peserta adalah dicadangkan dan digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans sepanjang program berlangsung.

5.  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri-negeri serta semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016 tidak akan bertanggungjawab ke atas kemungkinan risiko semasa membuat persembahan.

6.  Pihak penganjur berhak untuk merakam, menerbit, mencetak, menyiar dan menjual rakaman Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016. Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan. Penerbitan adalah menjadi hak milik penganjur.

7.  Keputusan panel Hakim dan penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
                 
8.  Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 30 Oktober 2016.

9.  Pihak penganjur akan memaklumkan apa-apa perubahan berkaitan penganjuran dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh;

Urusetia Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Perak
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Jalan Caldwell Off, Jalan Raja Dihilir
30350 Ipoh, Perak
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia

Tel : 05-2537001     Faksimili : 05-2417017     H/P : 012-4633848

Comments