ICS 2016 CURI HATI SISWA SISWI
Sambutan untuk program Ipoh Cultural
Showcase yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Perak bagaikan pesta santai yang
berilmiah buat golongan pelajar yang dahagakan ilmu seni yang ringan dan mudah
untuk diterima.
Selain itu juga, pengunjung yang
hadir juga turut berpeluang mengunjungi ruang Galeri Seni yang ada di premis JKKN Perak. Galeri Seni tersebut mempunyai sudut pakaian
tradisional negeri Perak, permainan tradisional, alatan muzik , aksesori
pakaian masyarakat Orang Asli dan sebagainya.
Peluang untuk menyaksikan Ipoh
Cultural Showcase secara PERCUMA minggu
ke -2 bulan Mac ini pada 11 Mac 2016 (Jumaat) jam 8.30 malam di People’s Park,
Jalan Sultan Iskandar Shah, Ipoh. Dimana ICS 2016 akan diadakan secara berkala
di Kompleks,
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak setiap
hari Jumaat pada MINGGU PERTAMA &
KE- TIGA. Manakala pada MINGGU KEDUA & KEEMPAT akan
diadakan di People’s Park (berdekatan
dengan sungai Pekan Lama, Ipoh).
DISEDIAKAN OLEH : UNIT PERHUBUNGAN AWAM JKKN PERAK
TARIKH : 4 MAC 2016 (JUMAAT)
TEL : 05-2537001 @ 018-9589049 FAKS : 05-2417017
Add caption |
Comments
Post a Comment