JOM SENAM SENI 1MALAYSIA....!!!


Senam Seni 1 Malaysia merupakan senaman yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang muhibbah menerusi kesenian. Ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan masyarakat Malaysia amnya. Orang ramai disarankan melakukan aktiviti senam seni ini kerana ia adalah salah satu kaedah untuk menjaga kesihatan tubuh badan.


"Gerak tari dalam Senam Seni diolah mengikut piawaian antarabangsa yang mana aktiviti ini juga adalah anjuran bersama JKKN dan My Sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan.." - YBhg. Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)


Oh ye.....senaman ni sekejab jer...hanya mengambil masa tuan/puan selama 30 minit sahaja... 




Jadi, jangan lupa temu janji kita setiap minggu pada hari RABU jam 5.00 PETANG di KOMPLEKS JKKN PERAK..
(berhampiran kediaman rumah MB Perak, Indulgence Restoran, KPJ Speciality Hospital, Hotel Seri Malaysia dan berhadapan Perpustakaan Awam Negeri Perak)


JOM RAMAI-RAMAI BERSENAM.....!!
....JOM....
......JOM......
.......JOM.......

#JOMSENAMSENI

#BADANSIHATOTAKCERGAS

#CEGAHPENYAKIT



Comments

Post a Comment