TEATER “MUZIKA RAMLEE”
PROMOSI PROGRAM PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER “MUZIKA RAMLEE”
Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak sedang giat mempromosikan Program Pusat Seni Setempat yang diadakan setiap bulan di Kompleks JKKN Perak bagi memeriahkan lagi aktiviti seni budaya merangkumi seni teater, muzik, tari, dan sebagainya. Berikut dilampirkan program terkini yang dijadualkan seperti ketetapan berikut:
Progam : Pusat Seni Setempat Bil 5 – Teater “ Muzika Ramlee” (Skrip atau naskah karya Ard Omar yang berekspetasi dari karya P. Ramlee yang mengetengahkan genre muzikal komedi berunsurkan teladan dari filem-filem P. Ramlee yang digubah dalam bentuk teaterikal. Inspirasi daripada karya-karya seniman negara Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee yang di adaptasikan dalam bentuk teater dengan mengabungkan lagu-lagu yang jarang di dengari dengan elemen dari beberapa filem beliau dan diadunkan mengikut situasi semasa. Skrip yang berlatar belakang tahun 1950an di sebuah pentas joget moden Jubilee Park ini juga mengangkat beberapa mesej yang tersirat dari filem-filem beliau yang menyentuh tentang norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia terutamanya Melayu yang lucu, sinis dan dramatik)
Tarikh : 23 & 24 Mei (Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh berhadapan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang berhampiran dengan kediaman rasmi Menteri Besar Perak).
Sehubungan itu, jabatan ini menjemput pihak tuan / puan untuk menyaksikan program tersebut. Untuk makluman pihak tuan / puan jua, kupon masuk boleh didapati di kaunter hadapan Kompleks JKKN Perak pada waktu pejabat dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dengan kadar RM 5.00 (dewasa) dan RM 3.00 (pelajar/kanak-kanak).
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Zurairi Bin Hanip (05-2537001 / 019-6257624) dan Puan Nor Fairus Binti Alias ditalian (0139939091) atau klik ‘LIKE’ Facebook: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Comments
Post a Comment