Posts

Showing posts from 2014

MUZIKAL "KADUK" 2014------31 OKT & 1 NOV 2014

Image
Kaduk oh Kaduk Asalnya Raja menjadi marhaen Membawa diri jauh kelana Biarpun mula benci menguasai Akhirnya nasihat ayahnda diakuri Kaduk oh Kaduk mulanya senang menjadi susah Akibat nafsu mengusai diri Biapun bijak ada kurangnya Langkah terpesong semuanya tergadai .............................................................................. SENIKATA OLEH : ZURAIRI HANIP LAGU: ABDUL SUFI ABDUL RASHID "MUZIKAL KADUK" Nak tahu kesudahan, tentang hikayat cerita Kaduk ini, JOM TONTON!!!!!!!!! ...................................... Baiklah berita gembira buat peminat muzikal teater, dah boleh beli pas masuk yang hanya bernilai RM 5 di hadapan kaunter JKKN Perak. Produksi JKKN Perak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perak dan Majlis Teater Perak bakal mementaskan teater MUZIKAL KADUK pada 31 Oktober dan 1 November 2014 (Jumaat & Sabtu) pada jam 8.30 malam di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell off Jalan

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 8 NOVEMBER 2014

Image
  FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 Untuk makluman tuan / puan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak akan mengadakan pertandingan tarian (kategori Tarian Tradisional & Kategori Tarian Street Dance) sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 8 November 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh.  Sehubungan itu, jabatan ini ingin menjemput kumpulan tarian pihak tuan / puan untuk menyertai pertandingan yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 hingga 35 tahun sahaja. Pertandingan terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Tarian Tradisional (terbuka kepada badan-badan kerajaan & swasta) dan Kategori Tarian Tarian Street-Dance (terbuka kepada semua lapisan masyarakat). Untuk makluman pihak tuan / puan jua, hadiah yang ditawarkan bag

TEATER “MUZIKA RAMLEE”

Image
PROMOSI PROGRAM PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER “MUZIKA RAMLEE”  Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak sedang giat mempromosikan Program Pusat Seni Setempat yang diadakan setiap bulan di Kompleks JKKN Perak bagi memeriahkan lagi aktiviti seni budaya merangkumi seni teater, muzik, tari, dan sebagainya. Berikut dilampirkan program terkini yang dijadualkan seperti ketetapan berikut:  Progam : Pusat Seni Setempat Bil 5 – Teater “ Muzika Ramlee” (Skrip atau naskah karya Ard Omar yang berekspetasi dari karya P. Ramlee yang mengetengahkan genre muzikal komedi berunsurkan teladan dari filem-filem P. Ramlee yang digubah dalam bentuk teaterikal. Inspirasi daripada karya-karya seniman negara Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee yang di adaptasikan dalam bentuk teater dengan mengabungkan lagu-lagu yang jarang di dengari dengan elemen dari beberapa filem beliau dan diadunkan mengikut situasi semasa. Skrip yang berlatar belakang tahun 1950an di sebuah pent

PROMOSI PROGRAM ‘KRISHNA, LOVE RE-INVENTED (ODISSI)

Image
Untuk makluman tuan/puan, Sutra Foundation dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan siri jelajah “Krishna, Love Re-invited (Odissi) iaitu sebuah persembahan tarian klasik India di beberapa buah negeri Semenanjung Malaysia. Persembahan yang akan diadakan di negeri Perak ialah seperti berikut:                                                                    Tarikh : 16 Mac (Ahad)                                                                         Masa : 8.30 malam Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Sehubungan itu, jabatan ini ingin menjemput pihak tuan / puan untuk menyaksikan persembahan tersebut yang diarahkan oleh Dato’ Ramli Ibrahim. Untuk makluman pihak tuan / puan jua, masuk adalah PERCUMA DAN TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Yogi Chellappan (Sutra Foundation- Kuala Lumpur) ditalian 03-40211092 atau Pu

MONOLOG 'JUAL UBAT'-KHALID SALLEH & SNAP-RENTAK DAMAI

Image
SALAM 1 MALAYSIA... Seperti yang dijanjikan pusat seni setempat yang diadakan setiap bulan kembali lagi bulan ini dengan penampilan istimewa oleh pelakon, pengacara, penggiat teater yang tidak asing lagi di arena seni kita iaitu (KHALID SALLEH), beliau akan mempersembahkan MONOLOG “JUAL UBAT” bergabung di satu pentas yang penampilan SENIMAN ANAK PERAK (SNAP) akan mengegarkan AUDITORIUM KOMPLEKS JKKN PERAK DENGAN “RENTAK DAMAI”: JOM RAMAI-RAMAI KITA TONTON - Tarikh : 7- 8 Mac (Jumaat & Sabtu) Masa : 8.30 malam Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh (berdekatan dengan kediaman Menteri Besar Perak berhadapan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak) Untuk makluman pihak tuan / puan jua, kupon masuk boleh didapati di kaunter hadapan Kompleks JKKN Perak pada waktu pejabat dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dengan kadar RM 5.00 (dewasa) dan RM 3.00 (pelajar/kanak-kanak). Sebarang pertanyaa

TEATER KANAK-KANAK- DISEBALIK BATU BELAH

Image
https://www.facebook.com/#!/jabatan.kebudayaan.dan.esenian.negara.perak

TEATER KANAK-KANAK OLEH BADAN BUDAYA PERAK "DI SEBALIK BATU BELAH"

Salam 1 Malaysia, Baiklah yang ingin menyaksikan teater .... menjanjikan teater yg penuh warna-warni dengan aksi kanak2 yang berbakat dalam lakonan, nyayian, tarian dan sebagainya dalam ............ Progam : Pusat Seni Setempat Bil 1 – Teater Kanak- Kanak oleh Badan Budaya (Di Sebalik Batu Belah) Tarikh : 28 Februari & 1 Mac (Jumaat & Sabtu) Masa : 8.30 malam Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan... dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Sinopsis: Mengisahkan seorang kanak-kanak yang cacat kakinya bernama Awang. Awang sering diejek dan dicaci di kampung halamanya. oleh itu, Awang berasa tertekan lalu dia nekad untuk lari ke Batu Belah yang terletak dihujung kampungya, Sebaik shaja masuk ke dalam batu belah tersebut, Awang terkejut kerana keadaan di dalam batu belah itu tidak seperti yang disangka.....saksikan pengembaraan Awang untuk berjuang keluar dari Batu Belah, dapatkah dia mengatasi ketakutannya.....sama-sama kita saksik

SENAM SENI 1 MALAYSIA - SETIAP HARI KHAMIS

Image
AKITIVITI SETIAP MINGGU-HARI KHAMIS BAGI TAHUN 2014....JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, PERAK MENJEMPUT ANDA BERSENAM SENI 1 MALAYSIA BERSAMA-SAMA...TEMUJANJI ANDA BERSAMA KAMI ESOK 23 JANUARI -KHAMIS, JAM 5.00 PETANG DI KOMPLEKS JKKN PERAK...MASUK ADALAH PERCUMA..JOM RAMAI2 KITA BERSENAM....!!!

SALAM MAULIDUR RASUL

Image