FESTIVAL GASING PERAK 2012

 FESTIVAL GASING PERAK 2012


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Festival Gasing Perak 2012 seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2012 (Jumaat hingga Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 10 malam
Tempat : Laman Budaya, Kuala Kangsar, Perak


PERASMIAN PEMBUKAAN PERASMIAN PENUTUP
Pada : 26 Mei 2012 (Sabtu) Pada : 27 Mei 2012 (Ahad)
Jam : 2.30 Petang Jam : 11.00 Pagi

oleh
YB DATO’ ZAINOL FADZI BIN HJ PAHARUDIN
(Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak)


Usaha kerajaan negeri dalam melihat permainan gasing untuk diangkat lebih tinggi bersesuaian dengan ‘TAHUN MELAWAT PERAK 2012’. Festival Gasing Perak 2012 bermatlamat untuk memulihara & mengembalikan semula permainan rakyat yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Selain itu juga festival ini dapat mendedahkan dan memberi pengetahuan mengenai permainan rakyat kepada masyarakat khususnya generasi muda.





Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang Festival Gasing Perak 2012 ini, selain pertandingan gasing yang diadakan sepanjang tiga hari (kategori terbuka), turut diadakan pertandingan sukan rakyat seperti sepak raga ratus, congkak, batu seremban, dam aji gergasi, boling kelapa, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan seni budaya, pameran, jualan dan demonstrasi serta PERSEMBAHAN KHAS OLEH USTAZ AKHIL HAYY pada Majlis Perasmian Pembukaan pada (26 Mei 2012, Sabtu) jam 2.30 petang.

Menurut Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak , Festival Gasing Perak 2012 dijangka dikunjungi lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung yang datang dari seluruh pelusuk negeri, daerah serta membabitkan pelancong luar negara yang bakal menarik perhatian pengunjung bersempena ‘TAHUN MELAWAT PERAK 2012”. Festival ini juga telah menarik perhatian persatuan gasing dari negeri-negeri lain yang turut berminat untuk menyertai festival ini, berdasarkan penyertaan yang dihantar termasuk dari Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Johor, Pahang dan Kedah. Menariknya dalam festival ini, golongan wanita yang dilihat kurang sinonim dengan permainan gasing ini akan turut menunjukkan aksi mereka pada pengunjung yang hadir.

Pihak jabatan ini sekali lagi menjemput semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan lagi program yang dijalankan. Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus Binti Alias.

###



Disediakan Oleh : JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK

JALAN CALWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR

30350 IPOH PERAK

TEL : 05-2537001

H/P : 013-9939091 ( Fairus)

EMAIL: prteam_kekkwaprk@yahoo.com

Comments