FIESTA SENI BUDAYA PERAK 2012
BUAT JULUNG KALINYA FIESTA SENI BUDAYA PERAK (FSBP) 2012 AKAN DIADAKAN. MATLAMAT TETAP JITU IAITU MENYEMARAKKAN SENI BUDAYA DALAM KALANGAN MASYARAKAT TERUTAMA RAKYAT DI NEGERI PERAK. PENDEKATAN JKKN PERAK DAN KERAJAAN NEGERI PERAK MELALUI MAJLIS KEBUDAYAN NEGERI BAGI MEMPERKENALKAN PRODUK SENI BUDAYA MELALUI ELEMEN SENI MUZIK, TEATER, TARI, VISUAL, KRAF TANGAN DAN PELBAGAI ELEMEN SENI LAIN LAGI. PELUANG BAGI MENYERTAI DAN MENYAKSIKAN SENDIRI AKTIVITI YANG DIADAKAN SEPANJANG TIGA HARI ITU HARUS DIREBUT DAN BERIKUT BUTIRAN KETETAPAN WAKTUNYA:
PROGRAM : FIESTA SENI BUDAYA PERAK 2012
TARIKH : 17-19 FEBRUARI (JUMAAT -AHAD)
JAM : 10.00 PAGI- 10.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN MAJLIS BANDARAYA IPOH
AKTIVITI SENI TRADISIONAL YANG DIEXTRAVANGANZAKAN AKAN LEBIH MENEPATI CITARASA SEMUA PERINGKAT UMUR DENGAN PENGISIAN AKTIVITI YANG DIADAKAN ANTARANYA MALAM GEMILANG ORANG MUDA (MAJLIS PERASMIAN) PADA 17 FEBRUARI 2012 (JUMAAT), 8.00 MALAM YANG AKAN MENAMPILKAN PENAMPILAN ISTIMEWA ARTIS JEMPUTAN IAITU FARAWAHIDA, KRISTAL, TURUT DAPAT SAKSIKAN MALAM TERSEBUT IAITU ANDROMEDA (SENI MUZIK MODEN), NADI (SENI TARI PERTAHANAN DIRI), GES (GERAK EMOSI SUARA) DAN SENI VISUAL (ACTION PAINTING).
MENURUT PENGARAH JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK, ENCIK ABDUL MUTALIB BIN ABDUL RAHMAN, FIESTA SENI BUDAYA PERAK INI JUGA CUBA MENGESAN SERTA MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT TERPENDAM YANG ADA DIKALANGAN MASYARAKAT MELALUI SENI BUDAYA ANTARANYA PERTANDINGAN TULISAN KHAT/JAWI, SAYEMBARA PUISI, AUTO SHOW, DEKLAMSI SAJAK, SEPAK RAGA RATUS, FIXIE, DAN PELBAGAI AKTIVITI LAIN LAGI ANTARANYA PAMERAN AGENSI, PERSEMBAHAN POKET, DEMONSTRASI, SANTAI TEATER, KUIZ SENI BUDAYA, SENAM SENI 1 MALAYSIA. PIHAK PENGANJUR MENJEMPUT SEMUA LAPISAN MASYARAKAT KE PROGRAM TERSEBUT UNTU SAMA-SAMA MENGHAYATI DAN MENGHARGAI SENI BUDAYA MELALUI PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN.
KETERANGAN LANJUT BERKENAAN PROGRAM INI BOLEH MENGHUBUNGI PIHAK JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA PERAK DI TALIAN 05-2537001, PUAN FAIRUS BINTI ALIAS.
Comments
Post a Comment