Posts

Showing posts from July, 2016

Galeri Seni Tarikan Terbaharu di Kompleks JKKN Perak

Image
                                             IPOH, 18 Julai 2016 - Galeri Seni JKKN Perak dibuka secara rasminya hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN. Beliau berharap dengan adanya galeri seni ini akan menjadi pusat rujukan masyarakat umum yang ingin mendapatkan maklumat mengenai seni budaya khususnya di Negeri Perak. Dalam pada itu, beliau turut memberi harapan warga JKKN Perak mampu menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang seni dan budaya. Beliau kemudian meluangkan masa beramah mesra dan mengadakan Mesyuarat Pengurusan bersama pegawai dan kakitangan JKKN Perak.

CITRA BUDAYA Siri 1 (Jan-April) 2016

Image
Jom dapatkan naskah Citra Budaya Siri 1 (Jan-April) 2016 terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Kompleks JKKN Perak secara PERCUMA... Antara kandungan menarik seperti Busana Tradisional Negeri Perak, Teater Muzikal Randai Cinduo Mato, tarian asli, Syarahan Perdana Budaya dan pelbagai info seni budaya sekitar seluruh negara.... Hubungi 05-2537001

Iklan Raya JKKN Perak 2016 - PULANG

Image
[Baru] Iklan Raya 2016 JKKN Perak - Pulang Filem pendek kisah sedih seorang anak teruja pulang ke kampung berhari raya. Iklan ini tidaklah sehebat iklan PETRONAS, TNB, TELEKOM, JABATAN IMIGRESEN, BSN tetapi ada mesej yang nak disampaikan dengan cara tersendiri Terbitan: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak Penerbit / Karya: Jasmi Rasit # Dipersilakan Like, Share, Reupload #iklanraya2016