Posts

Showing posts from March, 2016

JADUAL IPOH CULTURAL SHOWCASE (ICS) BULAN APRIL

Image
Jadual Ipoh Cultural Showcase (ICS) pada bulan April 2016. Jangan lupa hadir .

PERTANDINGAN FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI 2016

Image
FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & PERTANDINGAN FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI 2016 ____________________________________________ A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN i. Penyertaan terbuka kepada semua WARGANEGARA Malaysia yang berminat untuk menunjukkan bakat dalam bidang tari dan berumur 13 tahun ke atas. ii. Bagi tahun 2016 pertandingan akan dilaksanakan secara online fanpage. iii. Setiap kumpulan yang bertanding perlu menghantar tarian dalam bentuk rakaman video dalam format (HD High Definition Video) secara online di fanpage JKKN Negeri- negeri yang diwakili. iv. Warga kerja KPK dan JKKN tidak dibenarkan terlibat. v. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai permasalahan dari segi kesihatan. vi. Sebarang kos pembabitan dalam pertandingan di bawah tanggungan kumpulan sendiri. B. Syarat-syarat pertandingan 1. Pertandingan terdiri daripada Tiga (3) kategori iaitu ;- 1.1. KATEGORI TARIAN TRADISIONAL Persembahan hendakl

SILAT TERUS BERNYAWA

Image
TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR, 19 Mac 2016 – “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”, silat masih diakui oleh pencinta seni yang telah mengumpulkan hampir seratus (100) peserta daripada sepuluh (10) persatuan pesilat seluruh negeri Perak. Usaha memelihara seni ini telah dilakukan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, (JKKN) Perak, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perak dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Sedunia Negeri Perak yang menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya: Seni Bela Diri Silat bertempat di Arena Rakyat, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada 19 Mac 2016 (Sabtu) lalu. Sepuluh (10) persatuan pesilat seluruh negeri Perak yang turut serta antaranya Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Perak, Pertubuhan Seni Lincah Malaysia Negeri Perak, Pertubuhan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung Daerah Manjung, Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia, Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Negeri Perak, Persatuan Seni Silat Se

Ipoh Cultural Showcase(ICS) 2016 / 18 Mac 2016

Image
NAMA PROGRAM : IPOH CULTURAL SHOWCASE TARIKH : 18 MAC 2016 (JUMAAT) PENGLIBATAN : KUMPULAN KESENIAN JKKN PERAK, BADAN BUDAYA PERAK & OMG BUSKERS

SEGMEN JOM BELAJAR DI IPOH CULTURAL SHOWCASE

Image
PROGRAM JOM BELAJAR DI IPOH CULTURAL SHOWCASE (ICS) Selain belajar mengenali tarian-tarian di Ipoh Cultural Showcase anda juga berpeluang belajar "Segmen Jom"  pada setiap minggu. 4 Mac 2016    -  Asas Tarian Dabus 11 Mac 2016  -  Asas Gerakan dalam Teater 18 Mac 2016  - "Nantikan" ?   Malam ini yang datang ke Ipoh Cultural Showcase ( ICS) mari sertai kami kerana katanya artis budaya Kumpulan Kesenian JKKN Perak nak mengajar cara melipat tengkolok. Rugi tak datang !

People's Park, Tempat Rekreasi Baru Tumpuan Pelancong di Ipoh

Image
Tahukah anda, di Ipoh terdapat sebuah taman rekreasi yang bernama People’s Park . Dahulunya People’s Park di Jalan Sultan Iskandar yang terletak berdekatan Pekan Ipoh Lama terkenal dengan tapak pasar karat (loken) dan sangat dikenali juga dengan tapak Restoran Nashmir. Seni bina tersergam indah ini dikelilingi kehijauan pokok-pokok menjadikan persekitaran kelihatan tenang dan sejuk. Kemudahan yang terdapat di sana antaranya tempat permainan kanak-kanak, kolam renang, tandas dan restoran yang akan dibuka tidak lama lagi. Bagi menjadikan hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan People’s Park sebagai tempat tumpuan baru buat pelancong dalam dan luar negeri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh akan mengadakan program kesenian secara berkala yang diadakan secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Program kesenian secara berkala yang diberi nama Ipoh Cultural Showcase (ICS) ini akan diadakan setiap hari Jumaat, setiap minggu jam 8

JUMAAT NI..11 MAC 2016.... JOM KE PEOPLE'S PARK...

Image

ICS 2016 CURI HATI SISWA SISWI

Image
Sambutan untuk program Ipoh Cultural Showcase yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak bagaikan pesta santai yang berilmiah buat golongan pelajar yang dahagakan ilmu seni yang ringan dan mudah untuk diterima.   Rentetan daripada program yang berlangsung hampir sejam padat dengan tarian, nyanyian lagu-lagu rakyat dan segemen Interaktif “Jom Belajar Tarian Dabus” menarik minat dan perhatian daripada pelajar –pelajar yang datang dari Universiti Teknologi Mara (Cawangan Perak Kampus Tapah), Politeknik Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) dan   Kolej Politek Mara, Ipoh.   Kunjungan pelajar-pelajar tersebut telah disambut mesra oleh Kumpulan Kesenian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (KK JKKN) Perak yang membuat persembahan seperti Tarian Selamat Datang ke Negeri Perak, Kelin Kira, Sri Dabus, Cupak Hanyut, Joget Kereta Lembu , Tarian Nego, dan My Fest. Tidak ketinggalan tarian Joget Lambak membuatkan pengunjung yang had

MOH KE JKKN PERAK

Image
Nak datang ke Kompleks JKKN tapi kurang pasti tempatnya..meh admin kongsi video, mungkin boleh membantu.......alamat Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak seperti dibawah.... KOMPLEKS JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, PERAK JALAN CALDWELL OFF JALAN RAJA DIHILIR 30350, IPOH PERAK # berhadapan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam negeri Perak # berhampiran dengan Kediaman Menteri Besar Perak IKUTI KAMI bLOG :  http://jkknperak.blogspot.my/ twitter & Instagram : @jkknperak facebook : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak,  TEL : 05-2537001 @ 018-9589049 FAKS : 05-2417017

IPOH CULTURAL SHOWCASE 2016 : PROGRAM KESENIAN SECARA BERKALA

Image
SETIAP HARI JUMAAT ……. SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN….. “IPOH CULTURAL SHOWCASE”           BERMULA MAC 2016 INI, JAM 8.30 MALAM, SETIAP HARI JUMAAT, SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN . Tuan / puan dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan Ipoh Cultural Showcase anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh yang akan diadakan di : i)   Kompleks, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak (berhadapandengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berhampiran dengan kediaman Menteri Besar, Perak) yang akan diadakan setiap hari Jumaat pada MINGGU PERTAMA & KE- TIGA . ii)           Manakala pada MINGGU KEDUA & KEEMPAT akan diadakan di People’s Park, Jalan Bijih Timah (berdekatan dengan sungai Pekan Lama, Ipoh)     Tarikh yang paling hampir iaitu 4 Mac 2016 (Jumaat) ini , jam 8.30 malam  di Kompleks JKKN Perak Pelbagai pengisian menarik meliputi persembahan seperti tarian tradisional Negeri Perak, ta