Posts

Showing posts from April, 2015

MANIFESTASI TARI MALAYSIA 2015 PERINGKAT ZON UTARA

Image
REBUT TEMPAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA MANIFESTASI TARI MALAYSIA 2015 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak selaku tuan rumah bagi pelaksanaan Manifestasi Tari 2015 Peringkat Zon Utara akan mengadakan program tersebut pada 11 April 2015 (Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, 30250, Ipoh Perak. Program pertandingan tarian ini melibatkan empat (4) buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Setiap kumpulan akan mempersembahkan dua (2) tarian dalam kategori tarian tradisional daerah/sukuan dan tarian rampaian tradisional. Manifestasi tari di peringkat zon diadakan bagi memilih enam (6) kumpulan terbaik ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 4-6 Jun 2015. Wakil tunggal negeri Perak iaitu Badan Kesenian TLDM akan mepertaruhkan tarian Dabus dan Tarian Rampai Cinta. Turut bersaing merebut tempat ada

TEATER SYAJAR

Image
JOM TONTON TEATER SYAJAR 4 APRIL 2015 (SABTU 8.30 MALAM) TEATER SYAJAR & DEKON SELAMAT TIDUR POHOH-POHON HIJAU bakal menemui pencinta seni teater pada 4 April 2015 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak. Pementasan hasil karya Ismail Kassan dan Marzuki Ali serta arahan Nur Farahiya & AKTEP merupakan anjuran Badan Budaya Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Teater Syajar mengisahkan cerita tentang sebatang pohon sena yang rendang. Pohon sena ini melambangkan sebuah kepimpinan seorang pemimpin yang pada satu ketika dahulu tegap,gagah, dan mampu memberi perlindungan terhadap semua makhluk di bawah naungannya. Terdapat pelbagai kisah lagi dalam teater Syajar. Ingin mengetahui kisah selanjutnya tuan/puan dijemput hadir menonton teater Syajar. Untuk pengesahan kehadiran dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Fairus (013-9939091/05-25337001) M