Posts

Showing posts from October, 2014

MUZIKAL "KADUK" 2014------31 OKT & 1 NOV 2014

Image
Kaduk oh Kaduk Asalnya Raja menjadi marhaen Membawa diri jauh kelana Biarpun mula benci menguasai Akhirnya nasihat ayahnda diakuri Kaduk oh Kaduk mulanya senang menjadi susah Akibat nafsu mengusai diri Biapun bijak ada kurangnya Langkah terpesong semuanya tergadai .............................................................................. SENIKATA OLEH : ZURAIRI HANIP LAGU: ABDUL SUFI ABDUL RASHID "MUZIKAL KADUK" Nak tahu kesudahan, tentang hikayat cerita Kaduk ini, JOM TONTON!!!!!!!!! ...................................... Baiklah berita gembira buat peminat muzikal teater, dah boleh beli pas masuk yang hanya bernilai RM 5 di hadapan kaunter JKKN Perak. Produksi JKKN Perak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perak dan Majlis Teater Perak bakal mementaskan teater MUZIKAL KADUK pada 31 Oktober dan 1 November 2014 (Jumaat & Sabtu) pada jam 8.30 malam di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell off Jalan

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 8 NOVEMBER 2014

Image
  FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 Untuk makluman tuan / puan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak akan mengadakan pertandingan tarian (kategori Tarian Tradisional & Kategori Tarian Street Dance) sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Perak 2014 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 8 November 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) Tempat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak, Jalan Caldwell Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh.  Sehubungan itu, jabatan ini ingin menjemput kumpulan tarian pihak tuan / puan untuk menyertai pertandingan yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 hingga 35 tahun sahaja. Pertandingan terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Tarian Tradisional (terbuka kepada badan-badan kerajaan & swasta) dan Kategori Tarian Tarian Street-Dance (terbuka kepada semua lapisan masyarakat). Untuk makluman pihak tuan / puan jua, hadiah yang ditawarkan bag