Posts

Showing posts from June, 2012

KULIAH BUDAYA: REALITI DISEBALIK PENGHIJRAHAN SENI

Image
KULIAH BUDAYA: REALITI DI SEBALIK PENGHIJRAHAN SENI Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan Kuliah Budaya: Realiti di Sebalik Penghijrahan Seni seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 6 Jun 2012 (Rabu) Masa : 2.30 petang Tempat : Auditorium Kompleks JKKN Perak Ahli Panel : Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob (ahli akademik/pemuisi) Irma Hasmie (pelakon/pengacara) Uji Rashid (penyanyi /pelakon) Bual bicara bersama tetamu jemputan, sentuhan persembahan kesenian dengan lagu-lagu puisi, alunan muzik akustik, deklamasi puisi dan pelbagai segmen menarik bakal dinikmati oleh penonton yang hadir. Kali ini Jabatan mengupas isu seni disebalik penghijrahan yang berlaku dengan matlamat untuk memberi fahaman, pengetahuan dan berkongsi pengalaman tentang isu seni yang diketengahkan. Pemilihan panel seperti Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaakob yang merupakan ahli akademik yang sangat a

PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER GES (GERAK EMOSI SUARA)

Image
PUSAT SENI SETEMPAT: TEATER G.E.S (GERAK, EMOSI, SUARA) Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Pusat Seni Setempat: Teater G.E.S (Gerak, Emosi, Suara) seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 2 Jun 2012 (Sabtu) Masa : 8.00 malam Tempat : Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, Ipoh Pusat Seni Setempat atau Cultural Hotspots kembali menemui pengunjung dan pencinta seni bulan ini dengan pementasan teater G.E.S (Gerak, Emosi, Suara). Jadikan Kompleks Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Perak sebagai lokasi santai keluarga untuk menikmati hiburan ringan yang berilmu sempena cuti sekolah. Pementasan teater GES merupakan singkatan kepada perkataan gerak, emosi, suara. Sebuah pementasan teater eksprimental yang mengabungkan sifat cintakan tuhan, keimanan,

FESTIVAL GASING PERAK 2012

Image
  FESTIVAL GASING PERAK 2012 Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak akan mengadakan Festival Gasing Perak 2012 seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2012 (Jumaat hingga Ahad) Masa : 8.00 pagi - 10 malam Tempat : Laman Budaya, Kuala Kangsar, Perak PERASMIAN PEMBUKAAN PERASMIAN PENUTUP Pada : 26 Mei 2012 (Sabtu) Pada : 27 Mei 2012 (Ahad) Jam : 2.30 Petang Jam : 11.00 Pagi oleh YB DATO’ ZAINOL FADZI BIN HJ PAHARUDIN (Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak) Usaha kerajaan negeri dalam melihat permainan gasing untuk diangkat lebih tinggi bersesuaian dengan ‘TAHUN MELAWAT PERAK 2012’. Festival Gasing Perak 2012 bermatlamat untuk memulihara & mengembalikan semula permainan rakyat yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Selain itu juga festival ini dapat mendedahkan dan memberi pengetahuan me